Monday, October 12, 2015

Beberapa Aspek Sains Dan Teknologi Dalam Islam

Oleh : Mashithah Binti Roslin

1. Pendahuluan

2. Sejarah pemakanan pada zaman dahulu

Sejak dahulukala ummat manusia berbeza-beza dalam menilai masalah makanan dan minuman, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Lebih-lebih masalah makanan yang berkaitan daging binatang. Adapun masalah makanan dan minuman yang berupa tumbuh-tumbuhan pula tidak banyak diperselisihkan. Malah dalam Islam sendiri tidak mengharamkan hal-hal tersebut kecuali setelah menjadi arak, walaupun diperbuat dari anggur, kurma, gandum, ataupun bahan-bahan lain, selama benda-benda tersebut sudah mencapai tahap yang boleh memabukkan.Islam juga mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan kewarasan dan melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh.

3.1 Definisi sains dan teknologi

Sains adalah ilmu yang mempelajari alam semesta beserta seluruh isinya. Seseorang yang ahli di bidang sains dikenal dengan sebutan saintis Teknologi merupakan penerapan sains yang dapat digunakan dalam kehidupan sehariani..

3.2 Definisi pemakanan dan makanan

Pemakanan ialah perkataan yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud memeberi makan makanan yang berkhasiat. Pemakanan bermaksud mempelajari tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya, dan peranan atau fungsinya terhadap tubuh badan manusia. Pengetahuan tentang pemakanan sangat penting dalam membuat pilihan apa yang boleh diperolehi dan apa yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik, dan sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang betul iaitu diet seimbang yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan sama ada berbentuk pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna, dan bau yang berlainan. Selain itu, makanan juga ialah gabungan dari pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas, dan masam. Tekstur makanan pula bermaksud kelembutan, kelicinnan, kekerasan, kegaringan, dan kekasaran sesuatu makanan tersebut. Terdapat makanan savori dan makanan manis.

Makanan merupakan keperluan asas atauprimer bagi setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan social. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contohnya, pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu, kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan social. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim, dan tahap kesihatan.

4.0 Ciri-ciri Makanan yang dinyatakan di dalam Al-Quran

Kenyataan Al-Quran menyebut buah-buah terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan luar biasa untuk erti yang sebelumnya apabila menangani keadaan orang yang beriman dalam syurga,
“Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini, ” [Surah Al-Waqi’ah ; ayat 20-21]

Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan asasi sangat bermanfaat kerana buah-buhan mengandungi gula rendah kalori yang mudah dicerna dan diserap. Selain itu, buah-buahan juga membolehkan usus kita mampu menyerap gula tersebut dalam jangka masa yang singkat berbanding dengan pengambilan makanan tanpa dimulakan dengan buah-buahan terlebih dahulu. Usus manusia memerlukan kira-kira 3-4 jam untuk menyerap gula. [Dr. Abdullah Abd Hamid Diyab dan Dr. Ahmad Qurquz – Ma’a ath-Thibb fil Quran al-Karim]

4.1 Makanan-makanan berkhasiat yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis adalah :

a) Labu (Yaqthin)

Labu adalah antara sayur-sayuran yang disebutkan oleh nabi Muhammad SAW. Hadis riwayat Bukhari menyebut bahawa Anas Ibn Malik berkata,
“Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah SAW untuk makan apa yang dia telah sediakan, dan saya pergi bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Tukang jahit itu menghidangkan roti gandum serta kuah berisi labu dan daging awet. Saya melihat Nabi Muhammad SAW memilih kepingan labu dari seluruh hidagan dan sejak itu saya telah terus sukakan labu.”
“Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar (labu), ”
 [ Surah As-Shaaffat – ayat 146]

Labu bersifat dingin dan lembab, rendah kalori, mudah meninggalkan perut sekalipun ia belum hancur sebelum dicerna. Antara khasiat labu adalah ia akan menghasilkan campuran yang baik. Jika dimakan dengan biji sawi, menimbulkan rasa sedikit pedas. Teksturnya lembut dan banyak mengandungi air iaitu baik untuk orang yang suhu badannya panas. Sebaliknya ia tidak sesuai untuk orang yang suhu badannya rendah dan dingin. Buah labu juga berfungsi untuk merawat panas, demam dan pening kepala jika diminum perahannya (jus). Jika direbus dan airnya diminum dengan campuran madu, boleh menghasilkan banyak cecair di dalam tubuh. Secara keseluruhan, labu merupakan makanan yang paling lembut, empuk dan cepat reaksinya. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

b) Pisang (Mauz)

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

"Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya."  [Surah Al-Waqi'ah : ayat 28 - 29]

c) Zaitun

Minyak Zaitun boleh menutup liang roma tubuh dan mencegah zat yang masuk melaluinya. Jika digunakan setelah mandi air panas, minyak zaitun akan memperbaiki dan melembabkan badan. Jika digunakan sebagai minyak rambut, akan menjadikan rambut indah dan panjang. Minyak Zaitun juga berkhasiat untuk mengubati campak dan berbagai penyakit lainnya. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah An-Nuur : ayat 35]

"Dan pohon kayu (pohon zaitun) yang keluar dari Thursina, yang menghasilkan minyak, dan lauk bagi orang-orang yang makan." [Surah Al-Mu'minuun : ayat 20]

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan demi bukit Sinai." [Surah At-Tiin : ayat 1 - 2]

"Makan dan berminyaklah dengan zaitun kerana ia berasal dari pohon yang diberkati [HR Tirmidzi]

d) Cuka (Khal)
Khal (cuka) lebih dominan dengan sifatnya yang dingin, meskipun ia juga memiliki sifat panas. Cuka bermanfaat untuk meneutralkan ubat-ubatan yang merbahaya, membersihkan usus, menguatkan perut, menghilangkan rasa haus, mencegah pembengkakan, melunakkan makanan yang keras dan menjernihkan darah. Jika diminum dengan garam, boleh melawan racun jamur dan menghilangkan darah menempel di tekak mulut jika dibuat berkumur. [Imam Ibnu Qoyyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)." [HR Muslim 2052, Ibnu Majah 3318]

 "Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka." [HR Muslim]

e) Kurma (Tamar / Ruthob)
"Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [Surah Ar-Ra'du : ayat 4]

"Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak." [Surah Maryam : ayat 24 - 25]

"Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir." [HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain, dari Sa'ad ibnu Abi Waqqas]

f) Delima (Rummaan)

Manis buah delima itu bersifat panas dan lembab. Selain itu, buah delima juga bagus untuk perut. Tambahan pula, buah delima juga boleh merawat batuk. Tapi buah delima tidak elok untuk orang yang sakit demam. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, "
 [Surah Ar-Rahman : ayat 68]

"Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau." [Surah Al-An'aam : ayat 141]

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan penghadaman (perut)". [HR abu Nu'aim dan Al-Jauzi, dari Ali bin Abi Thalib]

g) Susu (Laban)
Susu yang paling baik ialah yang baru saja diperah. Kualitinya akan berkurang seiring waktu yang berjalan. Susu yang baru diperah lebih minimum tingkat kedinginannya dan lebih banyak tingkat kelembapannya. Yang paling baik ialah yang paling putih warnanya, baik baunya, lazat rasanya, sedikit manis, diperah dari haiwan yang masih muda dan sihat, tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, digembala di tempat yang baik. Susu kurang baik bagi orang yang demam, pening kepala. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang terlalu banyak minum susu, ia boleh mengganggu pandangan mata. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

Rasulullah S.a.w juga bersabda, "Tidak ada satu pun makanan atau minuman yang dapat menghilangkan lapar dan dahaga sebaik susu." [HR At-Turmudzi & Abu Dawud. Hadis hasan, dari Ibnu 'Abbas]

h) Makanan Laut (Seafood)
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan." [Surah Al-Ma'idah : ayat 96]

i) Madu ('Asal)

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." [Surah An-Nahl : ayat 68 – 69]

"Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an." [HR Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya]

j) Jintan Hitam (Habbatus Saudaa')

Biji hitam ini mempunyai sifat panas dan kering tahap ketiga. Boleh (ikhtiar) menghilangkan angin di perut, mengeluarkan cacing, ubat untuk Lepra, Malaria, membuka yang tersumbat dan mengeringkan kelembapan di perut, melancarkan air kencing dan haid. Lemaknya untuk menghindari sengatan ular berbisa, merawat selesema dan sesak nafas, boleh untuk berkumur dan merawat sakit gigi." [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, erubatan ala Nabi]

Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya di dalam habbatus sauda' terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian."[HR Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafaznya Muslim, dari Abu Hurairah r.a]

k) Anggur ('Inab)

Anggur mengandungi zat besi dan gula yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan produksi darah, berguna untuk ginjal serta pencernaan. Kelebihan buah anggur kepada ginjal adalah dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh melalui air kencing, Anggur juga menurunkan tekanan darah. Selain itu, anggur juga berkhasiat untuk ubat bronchitis, batuk, menguatkan jantung dan sangat baik untuk kulit. [Dr. Dianova Anwar]

l) Buah Tiin

Buah tiin adalah buah yang banyak hidup di daerah Syam atau Damsyik (Syria). Buah ini mengandungi omega 3 dan omega 6, iaitu sejenis lemak yang berfungsi untuk mencegah penyakit jantung. Kandungan antioksidan yang ada di dalam buah tiin dapat menghalangi karsinogen penyebab penyakit kanser, sehingga buah tiin adalah buah anti kanser. Buah tiin juga mengandungi kadar lemak rendah, sodium rendah bebas kolestrol, sehingga sangat baik dikonsumsi bagi orang-orang penderita penyakit diabetes atau gula. Selain itu tiin juga sangat bermanfaat bagi penderita penyakit asma. [Dr. Dianova Anwar]

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan demi bukit Sinai." [Surah At-Tiin : ayat 1 - 2]

m) Keju (Jubn)

Abu Daud meriwayatkan dengan Sanad Hasan, dari Abdullah ibnu Umar dia berkata, "Nabi S.a.w pernah dihulurkan al-Jubn (keju) sewaktu di Tabuk. Maka baginda meminta pisau, membaca basmalah lalu memotongnya."

Para sahabat juga pernah memakannya ketika berada di Syam dan Iraq. Keju yang tidak masin sangat baik untuk perut, mudah dicerna dan menambah kegemukan. Jika sudah dicampur dengan garam dan masin, manfaatnya tidak sebaik yang belum dicampur garam. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

n) Garam (Milh)

Garam baik bagi tubuh manusia dan makanan, malah ia juga baik untuk segala benda apa pun yang bercampur dengannya, termasuk emas dan perak, sebab di dalamnya terkandung kekuatan yang boleh menambah kadar kekuningan emas dan kadar keputihan perak. Di dalamnya juga terkandung kejernihan dan penguraian, menghilangkan kelembapan yang menebal dan mengeringkan. Garam baik untuk badan, mencegah kerosakannya dan boleh merawat jangkitan. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]

o) Air Zam Zam

Dari Abu Dzar r.a, Rasulullah S.a.w bersabda, "Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi penyakit)."

[HR Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurungan adalah menurut riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi dan ath-Thabari dan sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286]

5.0 Makanan yang diharamkan di dalam Al-Quran

a. Bangkai
Pertama kali makanan haram yang disebut di dalam Al-Quran adalah bangkai. Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa manusia yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah.
Jenis-jenis bangkai :

a) Al-Munkhaniqah
Binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.

b) Al-Mauqudzah
Binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

c) Al-Mutaraddiyah
Binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati.

d) Maa akalas sabu, ’
Binatang yang disergap oleh binatang-binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati.

Hikmah diharamkan memakan bangkai adalah :
i. Binatang yang mati dengan sendirinya pada umumnya mati kerana sesuatu sebab salah satunya adalah kerana penyakit atau binatang tersebut makan tumbuh-tumbuhan yang beracun dan sebagainya. Hal ini tidak menjaminkan bahawa binatang tersebut tidak berbahaya. Contohnya seperti binatang yang mati kerana sangat lemah dan keadaannya yang tidak normal.

ii. Allah mengharamkan memakan bangkai kepada ummat manusia kerana Allah memberi peluang kepada haiwan atau bintang yang lain untuk memakannya. Binatang-binatang lain jugam merupakan makhluk Allah.Perkara ini menunjukkan kasih saying Allah kepada bintang-binatang.

b. Makanan yang darah mengalir

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal) maka beliau menjawab : Makanlah! Orang-orang kemudian berkata : Itukan darah. Maka jawab Ibnu Abbas : Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

c. Daging babi

Naluri manusia yang baik sudah tentu tidak akan menyukainya, kerana makanan-makanan dari daging babi itu kotor dan najis. Ilmu kedoktoran sekarang ini mengakui bahawa makan daging babi itu sangat berbahaya untuk seluruh daerah, lebih-lebih lagi di daerah yang bercuaca panas. Ini diperoleh berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya.

“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor.” [al-A’raf:156]


d. Bintang yang disembelih bukan kerana Allah

Binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala. Pada zaman dahulu, kaum penyembah berhala (watsaniyyin), apabila hendak menyembelih binatang, mereka sebut nama-nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza.ini bererti suatu taqarrub keoada Allah selain Allah dan menyembah kepada selain asma’Allah yang Maha Besar.
 Oleh hal yang demikian, diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah dengan tujuan untuk melindungi aqidah Tauhid, kemurnian aqidah dan membanteras syirik.

6.0 Makanan-makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW dan kelebihannya

a) Barli
- Baik untuk mengubati demam.

b) Kurma
- Rasulullah SAW berkata bahawa sebuah rumah itu sekiranya tidak ada kurma umpama rumah yang tiada makanan. Kurma amat baik dimakan oleh wanita-wanita mengandung.

c) Buah Tiin
- Ia adalah buah-buahan dari syurga. Berfungsi untuk mengubati buasir.

d) Anggur
- Rasulullah SAW amat suka anggur. Anggur membersihkan darah, member tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.

e) Madu
- menghilangkan kahak atau lender, mencuci perut dan membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.

f) Tembikai
- Rasulullah SAW berkata : “ Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air dan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah”.

g) Susu
- Rasulullah SAW berkata : “bahawa susu dari haba jantung seperti jari dari jari kamu dan peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu kealpaan”.

h) Cendawan
- Rasulullah SAW berkata cendawan itu baik untuk mata

i) Minyak Zaitun
- Rawatan untuk kulit dan rambut melengah-lengahkan usia tua.

j) Delima

k) Cuka
- Makanan yang digunakan Rasulullah SAW untuk makan dengan minyak
zaitun.
- Sabda Rasulullah SAW “ Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada Khal. Sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan Khal dalan sesuatu rumah.

l) Air putih
- Rasulullah SAW berkata : anatara minuman yang terbaik di dunia adalah air putih
- Aisyah ra. Meriwayatkan bahawa : “Diantara banyak-banyak jenis minuman Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk”. Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dansejuk, campuran madu atau nabiz ( rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut
“ Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintamu yang lebih dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”.

7.0 Cara-cara pemakanan sihat Rasulullah SAW

Antaranya adalah :
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan

- Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

- kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad

- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

6.0 Kesimpulan

Natijahnya, sebagai umat Islam haruslah menitikberatkan pemakanan seharian. Hal ini kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging sekaligus ia juga mempengaruhi aqidah seseorang.
Selain itu, sebagai pengguna yang bijak kita perlu berwaspada akan logo-logo halal yang terdapat pada bungkusan makanan supaya kita dapat menghindari dari tetipu dan menimbulkan rasa syubhah terhadap makanan tersebut.

Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment