Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Hadis Merupakan Sumber Utama Tamadun Islam

Definasi Tamadun Islam
 Perkataan Tamadun dari sudut terminologi – berasal dari perkataan arab (Maddana) membuka bandar / memperhalus budi pekertiHidup bertamadun adalah fitrah dan sifat semulajadi manusia Sunnah Insaniyah yang terjelma dari sifat kreativiti dan inovasi manusia sendiri. Selagi manusia meneruskan kelangsungan hidupnya untuk hidup dengan selesa dan maju dengan berusaha untuk mencukupkan segala keperluannya, selagi itulah proses ketamadunan akan berjalan. Tamadun mempunyai 2 pengertian iaitu objektif dan subjektif. Objektif ialah kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan, dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam satu masyarakat Dari segi subjekti pula ialah peringkat perkembangan kehidupan yg tinggi, yg berlawanan dengan kehidupan yang liar atau digambarkan kehidupan yang tinggi.. 

Madani = Din (kehidupan beragama)
Kamus Dewan : Keadaan manusia (negara +penduduknya) yang mencapai taraf pemikiran yang tinggi, budaya, cara hidup yang maju serta pemikiran yang halus. 
Peradaban : Keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat
Hadharah, ‘umran, madaniyyah, tamaddun
Ibn Khaldun – sarjana Islam pertama membahas konsep ketamadunan. Beliau menggunakan perkataan hadharah (perbuatan/perilaku penduduk bandar yang tinggi) Kitab al-Muqaddimah
Muhammad Abduh – menggunakan istilah madaniyyah (berasal dari perkataan madinah-bandar /kota yg merupakan asas dan tempat perkembangan sesuatu tamadun) Tarikh al-Tamaddun al-Islami
Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas – istilah tamadun berasal dari perkataan al-Din yang merupakan asas tamadun itu sendiri
Syed Qutb – tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat (sosial, politik, ekonomi, kebudayaan) yang berteraskan syariat Allah

Syed Muhammad Naquib Al Attas pula memberi takrif bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Manakala tokoh-tokoh Islam yang lain pula ialah Abu Bakar Hamzah (sarjana tempatan)mengatakan sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama kehidupan manusia, hasil pemikiran orang Islam berlandaskan Din al-Islam. Seterusnya Ali Syariati berpendapat tamadun merangkumi seluruh kehidupan mental dan spiritual manusia. Tambahan pula, Muhammad Taib al-Najmi mengatakan tamadun Islam ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dari segi pemikiran atau kebendaan. 

KONSEP TAMADUN ISLAM DARI SUNNAH MERUPAKAN SUMBER UTAMA

Sunnah merupakan sumber wajib diterima dan mempunyai autoriti sama seperti Al-Quran. Ia bertindak sebagai pentafsir atau penjelas yang paling autentik terhadap kandungan al-Quran. Al-Sunnah membekalkan asas-asas yang diperlukan dalam pembinaan sesebuah tamadun iaitu sistem pemerintahan, sistem kemasyarakatan dan sistem pertahanan. 

Contohnyanya pelaksanaan syura dalam kerajaan, keadilan undang-undang, layanan terhadap keperluan rakyat termasuk non-muslim, menjalinkan hubungan diplomasi dengan kerajaan dan peradaban Al Sunnah merupakan hadis-hadis nabi Muhammad yang memberi penerangan, penjelasan, penegasan dan sebagainya yang menyokong kepada isi kandungan al-Quran nulkarim bagi membantu dan memudahkan ummat Islam menunaikan perintah terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala. dan menjauhkan larangan-laranganNya. 

Tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling lengkap- melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid yakni mengEsakan Allah Subhanahu wa ta’ala atau dalam kata lain menyembah Allah Subhanahu wa ta’ala. dengan beribadat kepadaNya yakni melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Ianya merupakan pegangan mutlak ummat Islam disebut sebagai aqidah serta disokong oleh hukum-hukum yang terkandung dalam kitab al-Quran yang menjadi syariatnya dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun zaman berganti zaman. Ianya tetap kekal hingga ke hari Qiamat. Justeru itu, tamadun Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan atau pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh ummatnya di seluruh dunia. Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain sebaliknya tetap mengambilkira akan hak-hak mereka selagi mereka tidak menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun Islam dan agama Islam itu sendiri. 

Pengertian As-Sunnah Menurut Syari’at

As-Sunnah menurut istilah syari’at ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam bentuk ucapan, perbuatan), penetapan, sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan sebagai syariat bagi ummat Islam. 

Hadis menurut bahasa ialah sesuatu yang baru. Secara istilah sama dengan As-Sunnah menurut Jumhur Ulama. Sesetengah ulama menerangkan makna asal secara bahasa bahawa Sunnah itu untuk perbuatan dan taqrir, untuk ucapan. 

As-Sunnah menurut istilah ahli fiqih ialah segala sesuatu yang sudah tetap dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan hukumnya tidak fardhu dan tidak wajib, iaitu hukumnya sunnah. 

Contoh-contoh dari definisi Sunnah yang dibawakan oleh ahli hadis antara lain:
a. Hadits qauli (Sunnah dalam bentuk ucapan)

“Di antara kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya. ”

b. Hadits fi’li (Sunnah yang berupa perbuatan)

Contoh:“Dari ‘Utsman bin ‘Affan bahwasanya Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam (apabila berwudhu’), beliau menyela-nyela jenggotnya. ”

c. Hadits taqriri
Contoh:
“Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda kepada Bilal setelah selesai solat Shubuh, ‘Wahai Bilal, khbarkanlah kepadaku sebaik-baik amalan yang telah engkau kerjakan dalam Islam, kerana aku telah mendengar suara terompahmu di dekatku di Syurga?’ Ia menjawab, ‘Sebaik-baik amal yang aku kerjakan ialah, bahawa setiap kali aku berwudhu’ siang atau malam mesti dengan wudhu’ itu aku solat (sunnah) beberapa raka’at yang dapat aku laksanakan. ’”

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam membina masyarakat kerajaan Madinah menjadi contoh dalam pembinaan tamadun Islam
Nabi saw telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah iaitu:

• Perjanjian Aqabah I terkandung aku janji ataupun ikrar penduduk Madinah untuk mentauhidkan serta mengesakan Allah Subhanahu wa ta’ala, mengikuti syariah Islam secara menyeluruh, tidak melakukan perbuatan yang keji
• Perjanjian Aqabah II Rasulullah saw mewakili penduduk Mekah dan Madinah berikrar dan berjanji untuk bersatu sehidup semati. 
Perjanjian-perjanjian ini begitu penting dalam perkembangan Islam. Ia memperlihatkan asas pembentukan tamadun Islam yang berbentuk teori dan praktikal berdasarkan Dasar Islam secara menyeluruh. Nabi Muhammad saw menyusun semula masyarat di Madinah berdasarkan perintah dan syariat Allah. 
 Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam membina masjid sebagai tapak penyatuan umat Islam, tempat beribadat umat Islam secara berjemaah supaya dapat membina benteng diri iaitu semangat jihad. Masjid juga sebagai pusat pendidikan, mengajar ilmu tauhid yang merangkumi asas-asas agama, ilmu syariah kepada orang Islam. Masjid juga sebagai ibu pentadbiran; bermusyawarah untuk perbincangan masalah-masalah, tempat berkumpul para sahabat. Seterusnya, sebagai tapak pembinaan bangsa bagi umat Islam yang berjiwa Tauhid. Tidak dilupakan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Kaum Muhajirin yang jauh dari sanak saudara dan kampung halaman meraka, telah di pererat oleh Nabi Muhammad dengan mempersaudarakan mereka dengan kaum Ansar. Kaum Ansar membantu mereka ikhlas kerana Allah taala. Tiap-tiap kaum Ansar dipersaudarakan dengan kaum Muhajirin sebagai saudara kandung. Dengan demikian, kaum Muhajirin berasa tenteram dan aman menjalani syariat agama. Sebahagian diantara mereka ada yang berniaga, bertani dan mengerjakan tanah kaum Ansar. Justeru, Nabi Muhammad mengikat teguh setiap pengikut Islam yang terdiri daripada pelbagai kafilah dalam satu paduan dan acuan Islam yang kuat. Bukan itu sahaja, perjanjian dengan bukan Islam juga termaktub contohnya Perjanjian perdamaian dengan orang Yahudi yang menetap di Madinah. Mereka diakui hak kemerdekaan bagi tiap-tiap golongan dan bebas untuk menjalankan agama masing- masing. 

 PIAGAM MADINAH.. PIAGAM MADINAH.. 
Rasulullah saw telah menghasilkan membuat Piagam Madinah sebagai asas pembinaan negara Islam yang pertama iaitu di Madinah. Piagam ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama menegenai umat Islam, terutama bagi golongan Ansar dan Muhajirin, bahagian kedua berkenaan dengan orang Islam dan orang. Piagam ini mengandungi 47 fasal, iaitu 23 fasal dalam bahagian pertama dan 24 fasal dalam bahagian kedua. 

• Dalam konsep umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan yang meliputi:

1. Udang-undang yang berlandaskan sumber utama, iaitu al-Quran dan al-Hadith (sunnah)
2. Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin Negara Islam. 
3. Semua penduduk dianggap satu ummah. 
4. Sikap dan bersuara berada dalam penyatuan
5. Masyarakat hidup dalam harmoni, bersatu teguh tanpa mengira agama yang dianuti
 6. Golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. 

Proses pembentukan ketamadunan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam kerana di dalam hanya masa yang singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun. 

Sejarah Sebelum Islam
Sebelum zaman kedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu hilang kemanusiaannya. Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil. Kemusnahan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan. Para ahli sejarahawan bersepakat menamakan zaman ini sebagai zaman jahiliyah atau zaman kegelapan. 

Sifat jahiliyah yang menyelimuti kehidupan mereka, segala kebaikan walaupun mereka itu tenggelam dalam sifat keburukan. Mereka berpaling daripada kebenaran, menyembah berhala, berzina, meminum arak, menindas golongan lemah dan riba. 

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang datang dan mengubah kehidupan mereka. Cahaya keislaman itu telah mengubah kehidupan mereka yang gelap kepada kehidupan yang terang benderang dan akhirnya mereka dapat hidup dengan aman serta bahagia dipimpinan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

Sejarah Semasa Zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam 

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam di Makkah telah menekankan kepada aspek keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang unggul. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mengajak kepada seruan dan ajakan untuk taat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Semua bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima tunjuk ajar Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam secara berterusan sehinggalah mereka digelar sebagai generasi terbaik yang pernah muncul di dunia ini sehingga tiada pengganti selepas itu. 

Baginda mengambil masa yang lama dalam menanam pembentukan individu Islam secara jitu. Aspek Tauhid ditanam utuh dijiwa mereka. Akhirnya, pendidikan dan dakwah Islamiyah secara tersusun dan terancang dilahirkan. 

Baginda menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan keimanan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Pemilihan dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. 

Zaman Ketamadunan Islam

Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah ialah zaman pemerintahan Islam yang muncul selepas wafatnya baginda. Sejarah telah menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam. 

Umaiyyah bin Abdul Syams ialah pemimpin pada zaman Umaiyyah dan merupakan seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh. Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir, sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci air. 

pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M menggantikan pula kerajaan Umaiyyah. Penubuhan Kota Baghdad sebagai Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah membawa dimensi perubahan kerajaan Islam ketika itu. Baitul Hikmah telah dibina untuk merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun Islam. Ia jugak dijadikan pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dalam linkungan 200 hingga 400 ekor unta diperlukan untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Lebih penting, tokoh tokoh hebat Ibnu Sina, Ibnu Rusdh dan ramai lagi dilahirkan pada zaman ini. 

Struktur administratif kerajaaan Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Nabi Muhammad saw sebagai Rasul dan ketua negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-hukum Allah Subhanahu wa ta’ala yang diwahyukan kepada beliau secara menyeluruh
Sebagai Ketua Negara Rasulullah saw. telah mewujudkan hukum pemerintahan
1. Menjadikan syahadat “Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh”, sebagai asas kehidupan dalam seluruh aspeknya, seperti pengaturan hubungan manusia, penyelesaian persengketaan, asas hubungan luar negeri, dll. 
2. Mengangkat para sahabatt yang membantu beliau dalam menjalankan tugas pemerintahan, seperti :
a. Mu’awin (Wazir), yang bertugas sebagai Wakil (pembantu) Ketua Negara. Dalam hal ini beliau telah mengangkat Abu Bakar dan Umar sebagai pembantunya. 
b. Wali dan Amil yang bertugas sebagai Penguasa Wilayah di tingkat semacam Propinsi dan Kabupaten. Beliau telah mengangkat Badzan bin Sasan sebagai wali di Yaman, Abu Dujanah sebagai Amil di Madinah, dll. 
c. Qadli (Hakim), yang bertugas sebagai pemutus perkara-perkara masyarakat (warga negara muslim maupun non muslim). Beliau mengangkat Ali bin Abi Thalib sebagai qadli di Yaman, Abdullah bin Naufal qadli di Madinah. 
d. Al Jaisy atau AB, yang menjaga keamanan dalam negeri dan menjalankan misi jihad. Beliau mengangkat Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abdul Muthalib, dan Abdullah bin Rawahah, sebagai komandan pasukan negara kaum muslimin untuk memerangi pasukan Romawi pada perang Mu’tah, dll. Beliau sebagai Panglima AB, dalam banyak kesempatan memimpin langsung pertempuran, seperti perang Badar, Uhud, Fathu Makkah, dan Tabuk. 
e. Pejabat Administrasi, yang mengurus administrasi negara dan keperluan masyarakat. Beliau mengangkat Ali bin Abi Thalib sebagai penulis piagam gencatan senjata dengan Quraisy, Mu’aiqib bin Abi Fathimah sebagai pencatat harta ghanimah, dll. Beliau juga mengangkat Mudir (semacam) direktur urusan kemaslahatan rakyat. 
3. Melakukan musyawarah dengan kaum muslimin, khususnya dengan 14 orang sahabat Anshar dan Muhajirin, seperti : Hamzah, Abu Bakar, Umar, Ja’far, dll, Majlis Umat (Syura) yang pertama

Struktur Pemerintahan Negara Islam Madinah

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah mendirikan struktur Negara Islam, melengkapkannya semasa baginda masih hidup dan meninggalkan bentuk pemerintahan yang diketahui umum dan dapat dikaji sepanjang zaman

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam telah menguruskan semua urusan negara, mulai dari urusan pemerintahan, perundangan, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. 

1)Ketua Negara

Rasulullah tidak berhijrah ke Madinah sehingga benar-benar ada jaminan tentang pembentukan Negara Islam di Madinah. Apabila ini telah wujud, baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam sendiri memimpin pengurusan urusan kaum muslimin dan penerapan hukum Islam. Semasa kaum Ansar melakukan baiah Aqabah Pertama, mereka telah berjanji kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam untuk membentuk kekuatan yang perlu untuk memastikan diperolehinya kekuasaan di Madinah untuk baginda. 

2) Naib Ketua Negara

Ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam keluar dari Madinah untuk berperang, menunaikan ibadah haji ataupun umrah, baginda saw akan melantik seseorang yang akan “menggantikan” tempat baginda menguruskan pentadbirannya di Madinah. 

3) Setiusaha (Bitanah)

Bitanah merupakan setiusaha dan penasihat Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam. Abi Sa’id al-Khudri berkata, bahawa Nabi saw. bersabda:

– “Allah tidak pernah mengutus seorang Nabi pun dan tidak pernah menggantikan seorang khalifahpun, kecuali ia mempunyai dua bitanah (setiausaha). Setiausaha yang memerintahkannya kepada kemakrufan dan mendorongnya untuk melakukannya, serta setiausaha yang memerintahkannya kepada keburukan dan mendorongnya. Adapun orang yang terjaga, adalah siapa sahaja yang dijaga oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. ” [Al-Bukhari, Sahih, hadith no. 6659]

4) Muawin/Wazir

Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal ihwal pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka ini dikenali sebagi wazir. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah meminta pandangan mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkmah, peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka. :

5) Angkatan Bersenjata

Rasulullah saw. sejak mula-mula menjadi ketua negara telah menyiapkan angkatan bersenjata. Angkatan bersenjata Negara Islam adalah satu, iaitu askar, yang terdiri dari batalion-batalion, pengawal dan perajurit perbatasan. Bagindalah yang secara langsung menjadi Panglima Perang. Baginda juga melantik para ketua pasukan yang keluar untuk berperang, tanpa kehadiran baginda di sisinya. Mereka ini adalah detachment (pasukan gerak khas). Baginda juga telah melantik batalion dan menyerahkan panji batalion kepada mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menguruskan hal ihwal pentadbiran ketenteraan, seperti persediaan logistik, pelatihan, persenjataan, panji dan bendera pasukan. 

6) Wali dan Para ‘Amil

Apabila Negara Islam telah meluas dan berkembang, maka Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam membagi-bagikan Negara Islam Madinah menjadi beberapa wilatah dan daerah, kemudian setiap wilayah dilantik seorang wali dan setiap daerah dilantik seorang ‘amil (ketua daerah). Masing-masing bandar: Makkah, Taif, Yaman, Bahrain, Oman dan Yamamah merupakan wilayah, kemudian Yaman dibagi oleh baginda menjadi dua wilayah, iaitu San’a sebagai satu wilayah dan Hadramaut sebagai wilayah yang lain. Kemudian Yaman dijadikan menjadi lima wilayah. 

7) Kehakiman

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam sendiri telah mengepalai urusan kehakiman, samada berkenaan dengan persengketaan, mazhalim (kezalim pihak berkuasa) ataupun untuk mencegah daripada apa-apa yang boleh memudaratkan hak-hak masyarakat. Baginda juga melantik seseorang yang memutuskan persengketaan secara sementara. 

8) Jabatan Pentadbiran (management) Awam Negara

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam telah melaksanakan pentadbiran untuk menguruskan urusan kaum muslimin, menerapkan hukum-hukum Allah dan mentadbir kemaslahatan rakyat, sementara untuk membantu aktivitas seorang pentadbir, maka baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam melantik seorang penulis untuk setiap urusan berkenaan. 

9) Majlis al-Ummah

Rasulullah saw. telah mengkhususkan 14 orang lelaki iaitu tokoh-tokoh yang memawakili kaum mereka, untuk bermusyawarah, 7 orang dari mereka berasal kalangan Ansar, dan 7 orang lagi dari Muhajirin. Rasulullah senantiasa merujuk kepada mereka dalam urusan pemerintahan, pentadbiran dan perlantikan para wali dan pegawai pentadbiran. 

10) Diwan

Ada bagian Diwan yang bertanggungjawab untuk mencatat wahyu, surat-surat kepada raja-raja dan regim yang ada, teks perjanjian, dokumen hutang-menghutang, dan akad-akad yang lain. Ada pula bagian yang bertanggung-jawab dalam hal mencatat ghanimah, hasil perolehan pertanian, harta sedekah, bilangan tanah yang diagihkan, dan sebagainya. Dalam realitasya, ini merupakan pendapatan Negara, semuanya catatan tsb disimpan dalam file. Diwan yang mencatat pendapatan negara ini kemudian disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab dan dikenal sebagai sebutan Diwan al-Kharaj. Sistem pentadbiran Diwan ini mengalami perkembangan pada zaman al=Khulafa al-Rasyidun. Adalah Khalifah ‘Umar yang memperluaskannya lagi penyusunan pentadbiran ini, dan tercetuslah sistem Diwan. Ini diperkembang terus pada zaman Khilafah selanjutnya dengan Qaidah: Adapun perkara mu’amalaat semua boleh kecuali yang dilarang oleh Nash. I

Penatapan syariat Islam pada zaman Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam 

Strategi Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam datang ke dunia ini dengan membawa agama Islam yang ajarannya dapat kita ringkas atas tiga hal, yaitu akidah, ibadah dan sistem. 

Akidah dapat tegak dengan mentauhidkan dan mengesakan Allah, selain mengajarkan akidah tauhid, Islam datang membawa sistem untuk mengatur semua aspek kehidupan meliputi bidang agama, ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikan dan sebagainya. 

Rasulullah Saw telah meletakkan kondusi negara Islam sejak turunnya wahyu Islam. Ini melipututi urusan dalam negeri, luar negeri dan militer untuk penerapan syariat Islam. Baginda sedar bahawa masyarakat ini memerlukan sistem yang mengatur kehidupan mereka dengan lebih sempurna maka baginda membentuk Piagam Madinah yang mengatur hak dan kewajiban, tanggungjawab, prinsip-prinsip umum dan urusan yang harus diselesaikan mengikut masanya. Piagam ini bejaya membina lapisan masyarakat yang adil serta mewujudkan kerajaan dan negara yang bertamadun pertama di dunia. 

Contoh sunnah bersifat ketamadunan
 Pada zaman Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam terdapat polisi di mana membenarkan barang aksesori milik orang kafir yang dibunuhnya sewaktu berperang
 Harta tersebut disebut al-Salab
 Tujuannya adalah untuk menggalakkan umat Islam keluar berjihad dan sebagai reward(ganjaran) atas perbelanjaan sendiri para tentera Islam sewaktu mempersiapkan diri untuk berperang polisi
 Polisi al-Salab tidak lagi sesuai digunakan pada zaman sekarang kerana para tentera telah dibayar gaji dan elaun yang besar oleh kerajaaan
 Dalam hal ini kita tidak dianggap melanggar Sunnah kerana keadaan sudah berubah pada masa kini
 Ia tidak mengikat umat Islam pada masa kini untuk mengikutnya secara literal sehingga mengabaikan matlamat sebenar di sebalik sunnah-sunnah tersebut

Pemerintahan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Tokoh Islam dan barat sepakat mengatakan pemerintahan Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam merupakan pemerintahan yang relevan dengan zamannya dan menjawab permasalahan rakyat dengan sempurna. Tidak dapat dimungkiri, sistem yang terdapat dalam Sunnah, telah meletakkan sarana dan prasarana dalam penerapannya. Sudah terbukti Islam bukanlah hanyalah teori yang tidak ada nilainya bahkan telah dibuktikan dengan teori dan praktikal sejak zaman baginda nabi lagi. Lebih spesifik lagi, Sirah Nabawiyah merupakan fakta yang tidak dapat ditolak. Rasul Saw telah meletakkan pemerintahan yang sangat tersusun serta memenuhi keperluan masyarakat sebagai aplikasi wahyu yang diturunkan kepada beliau.. Urusan dalam negera, Urusan luar negera, dan Urusan pertahanan merupakan 3 bahagian dalam zaman pemerintahan Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam 

Urusan Dalam Negara
Sebahagian antara yang pelbagai struktur pemerintah pada masa Rasullulah Saw di bidang urusan dalam negeri terdiri contohnya seperti perdidikan. Abdullah bin Said ibnul Ash mengajar untuk membaca dan menulis di Madinah. Tawanan Badar juga dapat membebaskan diri mereka jika mengajar membaca dan menulis 10 orang sahabat. 

 Urusan Luar Negara
Rasulullah Saw menyebarkan Islam dan memberi tugas kepada beberapa sahabat ke luar negeri sebagai bukti selain tugas baginda sebagai utusan Allah baginda juga seorang pemimpin negara. Baginda menyebarkan Islam dengan sendiri dan menghantar beberapa sahabat ke luar negeri, seperti Dihyah al-Kalbi sebagai duta ke Kaisar Romawi. Amar bin Abi Baltaah ke Mukanki. Mereka bertugas menyebarkan Islam yang sekarang sinonim dengan perkataan duta-duta besar

Urusan Pertahanan
Rasulullah Saw sangat menitik beratkan urusan pertahanan, keamanan dan kemiliteran kerana hal itu merupakan unsur penting dalam kehidupan bangsa. Sejarah mencatat peperangan yang terjadi dipimpin oleh Rasullulah Saw terjadi 29 kali dan peperangan yang diberi amanah kepada para sahabat sebanyak 48 kali dan juga 58 kali. Pada pertempuran tersebut Rasulullah Saw memberikan tugas masing-masing, sesuai dengan kemampuan dan bakatnya. 

Gabenor pada zaman Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Rasulullah Saw memilih beberapa orang sahabat sebagai pemimpin di pelbagai wilayah yang bertugas sehingga Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam meninggal dunia. Mereka adalah:
1. Uthab bin Usaid salah seorang pembesar, sangat bijak dan berani memeluk agama Islam pada Fathu Mekah. Dia mendapat mandat memimpin wilayah Mekah. 
2. Utsman bin Abi al-Ashs putra Thaif masuk Islam bersama rombongan Taif kepada Rasullulah Saw, lalu baginda mengangkatnya sebagai pemimpin di daerahnya, Thaif. 
3. Amer bin Hazam, sahabat Anshar mengikuti beberapa kali peperangan setelah Perang Khandak. Kemudian diangkat oleh baginda petugas bidang ibadah dan Abu Sufyan di bidang sadaqah di wilayah Najran. 
4. Khalid bin Said ibnul Ash diangkat untuk wilayah Ramai dan Zubaid. 
5. Amir bin Syaher bertugas di wilayah Hamda. 
6. Fairuz al-Dailami di wilayah Shon’a. 
7. Abu Musa al-Asyari di wilayah Ma’rib. 

Kesimpulan
Jika kita faham secara betul tentang hikmah pratik Rasulullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan para sahabat dalam satu-satu strategi pembinaan tamadun Islam pada zaman mereka memberikan nilai bertindak kepada kita pada hari ini untuk menentukan corak peradapan sendiri selaras dengan keperluan semasa. Sesungguhnya Tamadun Islam merupakan sumber tamadun yang terunggul yang pernah lahir di atas muka bumi. Hal ini bertitik tolak daripada sumber utamanya Al-Quran dan Hadis. Selagi kita kita masih berpegang teguh dengan Al-Quran dan hadis dari Katsir bin Abdullah dari ayahnya dari datukya RA, ia berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam pernah bersabda : “Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR. Ibnu Abdil Barr]. 

Asas Tamadun Islam juga begitu kukuh kerana diperkukuhkan oleh Al-Quran yang meletakkan dasar aqidah, syariat, dan akhlak. Ketiga –tiganya asas inilah yang mendasari pembentukkan institusi yang menjadi rempah ratus tamadun Islam iaitu daripada ilmu, individu, keluarga, masyarakat, negara, perundangan, ekonomi dan sebagainya. Allah Maha Mengetahui keperluan manusia ciptaan-Nya khususnya dalam penciptaan tamadun. Semuanya datang daripada Allah dan tidak datang daripada Rasullulah Sallallahu ‘alaih wa sallam melainkan dari wahyu Allah Subhanahu wa ta’ala. Sedangkan tamadun lain semuanya lahir, berkembang dan hilang entah ke mana kerana sumbernya yang tidak kukuh dan luntur. 

Natijahnya daripada pembentukan semua institusi yang tersebut di atas yang bersumberkan al-Quran dan Hadis berasaskan aqidah, syariat dan akhlak maka terbentuknya tamadun Islam yang berjaya memberi keamanan, kesejahteraan, keadilan, kemakmuran, dan kebahagian kepada umat Islam khasnya dan semua manusia amnya. Tidak hairanlah jika kita dapati Tamadun Islam yang diatur oleh baginda nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam menghasilkan tamadun yang terunggul dan tersempurna yang pernah diwujudkan di atas muka bumi ini. 

Bibliografi
1. Muhammad Uthman, Peradaban Islam, (Pustaka Awam Press, 1976) dan Ismail Hamid, Peradaban Melayu dan Islam Kuala Lumpur: Fajar bakti, 1983). 
2. Hafizuddin Harun, Sejarah Tamadun Islam Tesis, UTHM, 1994
3. Membangun Masyarakat yang bertamadun dan harmoni, Abdul Qadir Djadani, Pustaka Dini, Selangar Darul Ihsan
4. Ibadah Pembina Tamadun Manusia (PTS Millenia), 2007, Selangor Darul Ehsan
5. Hadis Sumber Tamadun Islam, Dr Mustafa Haji Daud, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1997
6. Fikiran dan budaya Islam, Ismail R. Al-Faruqi, penterjemah Masood Rasyid, Kuala Lumpur, (Oktober 1990)


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment