Monday, October 12, 2015

Hubungan Sains Dan Teknologi Dengan Konsep Tawakkal

Oleh : Nor Nadirah Binti Zainal

PENDAHULUAN

 Dalam English Oxford Dictionary, sains ditakrifkan sebagai, ” suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau denan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hokum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri”.Secara ringkasnya, sains adalah sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui empirical.Sains dikenali sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan subjektif, seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi.

 Dalam Islam, sains didefinisikan sebagai suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semester ini.Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.Gabungan antara falsalah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran dan konsep dasar dalam islam.

 Penemuan daripada hasil kajian sains dan perkembangan teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai aktiviti serta membolehkan kita berkomunikasi kerana jarak atau destinasi yang jauh tidak lagi menjadi penghalang untuk kita menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan.Malah melalui penemuan daripada hasil kajian sains dan teknologi, manusia dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit.

Allah berfirman yang bermaksud;

“Tidakah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.” (Surah Luqman:20)

Pada zaman dahulu, ramai tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam bidang sains dan teknologi.Mereka dihormati oleh masyarakat dahulu.Contohnya, Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam), Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina(sains perubatan), Al-Biruni (astronomi), Al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).Selain mahir dalam bidang sains dan teknologi, tokoh-tokoh Islam juga dihormati kerana pegangan yang teguh terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

Oleh itu, sains dan teknologi amat berkait rapat dengan Islam.Begitu juga dengan Ibadah-ibadah di dalam Islam yang banyak menjadi dorongan dalam bidang sains.Salah satu ibadahnya adalah tawakkal.Tawakkal didefinisikan sebagai berserah diri kepada Allah setelah berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, atau menunggu sesuatu keputusan.Tawakkal merupakan ibadah hati yang mudah dipratikkan tetapi seringkali disalah tafsir ertinya.Ada yang menganggap tawakal bererti menyerahkan segala yang akan berlaku kepada Allah tanpa sebarang usaha untuk melakukan sesuatu perkara.

KEUTAMAAN TAWAKKAL

 Tawakkal merupakan ibadah hati yang paling utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung.Menurut Imam Al-Ghazali tawakal merupakan satu Manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang beriman, serta termasuk darjat muqarabbin yang paling tinggi.Menurut Ibnu Qayyim, tawakkal adalah separuh daripada agama dan separuh lainnya adalah inabah, kembali kepada Allah seperti yang disyariatkan Allah.

Orang yang bertawakal akan memperoleh beberapa keutamaan yang besar.
Diantara keutamaan tersebut adalah:

Allah akan mencukupkan urusannya
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “… Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya….” ( At-Thalaaq : 2-3).

Sebab masuk syurga tanpa hisab
Diantara keutamaan sifat tawakal adalah menjadi sebab bagi seseorang untuk masuk syurga tanpa hisab. Sebagaimana dalam hadis panjang yang menceritakan keadaan umat dari nabi-nabi terdahulu. Diantara mereka ada umat Rasulullah yang masuk surga tanpa hisab dan tanpa siksaan. Rasulullah s.a.w bersabda tentang mereka, “Mereka itu tidak melakukan thiyarah (beranggapan sial), tidak meminta untuk diruqyah, dan tidak menggunakan kay (pengubatan dengan besi panas), dan hanya kepada Rabb merekalah, mereka bertawakal” (HR Bukhari).

Sebab mendapatkan rezeki
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Umar binKhattab RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Sekiranya kalian benar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki(oleh Allah SWT ), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; di mana ia terbang pada waktu pagi dalam keadaan lapar, dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”.(HR.Ahmad Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita fahami bahawa tawakal merupakan perkara ketiga selepas kita berusaha dan berdoa kepada Allah SWT memohon apa yang kita hajati.Ianya saling berkait rapat antara satu sama lain dalam mencapai sesuatu matlamat.

Sebab terjaga dari gangguan syaitan
Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berkata, yakni ketika keluar dari rumahnya, maksudnya, Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah. Maka akan dikatakan kepadanya : ‘Engkau telah dicukupi dan dilindungi’. Dan syaitan akan menjauh darinya” (HR. At Tirmidzi)
(Diambil dari kitab At Tawakal karya Syaikh Muhammad Shalih al Munajjid)

BENTUK TAWAKKAL YANG KELIRU

Tawakal tanpa adanya usaha.
Sebahagian orang ada yang berkeyakinan dan menganggap bahawa tawakal tidak perlu disertakan dengan usaha cukup hanya berserah urusannya kepada Allah sahaja. Mereka mengatakan, “Allah Maha Pemurah, pasti akan memberikan rezeki kepada kita, tidak perlu melakukan usaha ini dan itu”. Ini adalah perkara yang salah. Seseorang harus terlebih dahulu melakukan sesuatu dengan usaha/ikhtiar, kemudian setelah itu ia serahkan urusannya kepada Allah.

Tawakal kepada selain Allah.
Ini merupakan satu bentuk kemusyrikan kerana tawakal merupakan salah satu bentuk ibadah, dan ibadah hendaklah hanya kepada Allah tidak sebaliknya. Termasuk dalam hal ini adalah seseorang itu tidak menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Tetapi seseorang itu menyandarkan diri kepada jimat, bomoh, atau benda-benda yang dianggap khurafat. Maka orang tersebut tergolong dalam kemusyrikan besar.

 Tidak berdoa
Salah satu bentuk usaha yang dapat dilakukan seorang hamba adalah berdoa.Doa merupakan ibadah yang utama. Allah Ta’ala berfirman:maksudnya;“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku–perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (QS. Ghafir : 60). Oleh kerana itu seorang hamba setelah ia berusaha, sudah seharusnya ia melengkapkan usahanya dengan berdoa kepada Allah. Kerana doa juga merupakan salah satu bentuk usaha kita. Bahkan tidak sedikit Allah memudahkan urusan hamba-Nya dengan sebab doa yang ia panjatkan.
Doa tersebut hendaknya dilakukan di waktu-waktu mustajab (waktu dikabulkannya doa) dan disertakan dengan penuh harapan. Diantara doa yang disyari’atkan adalah sebagaimana dalam firman Allah (yang artinya), “Musa berkata;Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (QS. Thoha : 25-28)

PENGARUH TAWAKAL DALAM KEHIDUPAN
Allah telah menjadikan iman sebagai syarat bagi tawakkal, sebgai firman-Nya; Maksud:”Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepada kamu, Maka mintalah rezeki itu disisi Allah dan sembah lah Dia”. (Al-Ankabut:17)
Allah berfirman tentang pengaruh tawakal, ang bermaksud: “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluaanya).” (At-talaq:3)

HAKIKAT TAWAKKAL
Pandangan Ibnu Qayyim tentang Hakikat Tawakal:
1) Mengetahui Rabb dengan segenap sifat-sifatNya, seperti kekuasaan, perlindungan, kemandirian, kembali sesuatu kepada ilmu-Nya, dan lain-lainnya.
2)Kemantapan hati dalam masalah tauhid, tawakal seseorang tidak baik kecuali jika tauhidnya benar.Malahan hakikat tawakal adalah tauhid di dalam hati.Selagi di dalam hati ada kejahatan maka tawakalnya cacat dan ternoda.
3)Menyandarkan hati dan bergantung kepada Allah, sehingga tidak ada lagi keraguan dalam hati kerana bisikan didalamnya.

TAWAKKAL DALAM URUSAN AGAMA

Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, hingga akhirnya Allah membimbing tanganya dan menolongnya untuk meniti jalan yang lurus, meneguhkannya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang berkata, ” Allah adalah Rabb kami”, lalu mereka beristiqamah.

Tawakal yang lebih tinggi dari kedudukan ini, iaitu kedudukan orang yang bertawakal kepada Allah dengan meninggikan kalimat-Nya, menolong dakwah, menguatkan syariat, menyampaikan risalah, berjihad menghadapi musuh islam, menegakkan agama-Nya di bumi, sehingga yang benar menjadi benar yang batil menjadi batil, keadilan menjadi tegak, kezaliman disingkirkan dan manusia keluar dari kegelapan menuju alam yang terang-terangan.

HASIL TAWAKKAL KEPADA ALLAH

Tawakal kepada Allah akan memberi impak yang positif dan baik kepada sesiapa yang bertawakkal kepada-Nya.Kesan positif itu adalah:

Ketenangan dan ketenteraman

Dia dapat merasakan ketenangan memenuhi jiwanya, merasa aman, yakin, mantap, optimis dan reda.Inilah keadaan yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada dalam gua, sementara Abu Bakar khuatir dengan keselamatan baginda.Oleh itu, baginda bersabda kepadanya” janganlah bersedih, kerana sesungguhnya Allah berserta kita.”
Itulah juga keadaan yang dirasakan Ibrahim Al Khalil ketika dilemparkan kedalam api yang menyala-nyala.Beliau tidak menghiraukan pertanyaan makhluk, manusia mahupun malaikat.Beliau tidak disibukkan kecuali ucapan, ”Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung.”

Kekuatan

Kekuatan yang dirasakan oleh orang yang bertawakal kepada Allah, iaitu kekuatan spiritual dan jiwa.Dalam sebuah hadis da’if disebutkan, “Barangsiapa suka menjadi orang yang paling kuat, maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.”

Keperkasaan

Keperkasaan yang dapat dirasakan orang yang bertawakal.Perasaan ini mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggi dan memberi kuasa besar, kerana itu merupakan imbasan dari keperkasaan yang ditawakal(Allah), sebagaimana firman-nya, yang bermaksud:
“Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.” (Asy-Syu’ara’:27)

Reda

Diantara hasil tawakal kepada Allah juga adalah reda, yang denganya dada dan hati menjadi lapang.Sebahagian ulama’ berkata.”Selagi aku reda kepada Allah sebagai pelindung, maka aku akan dapati jalan untuk setiap kebaikan.’Orang yang bertawakal kepada Allah yakin bahwa kekuasaan Allah lebih baik dari manusia, dia merasa sentiasa berada dalam kecukupan dan perlindungan-Nya, cukuplah Allah sebagai pelindung dan pemelihara.

PENDORONG TAWAKKAL

 Setiap amal dari amal-amal hati mahupun jawarih iaitu amalan zahir dari lima pancaindera, mempunyai pendorong-pendorong yang memberinya cadangan dan menyokongnya.Antara pendorong-pendorong tawakal adalah Mengetahui Allah dengan Asma’ul Husna-Nya.Selain itu, sifat kepercayaan yang tinggi dalam diri terhadap Allah s.w.t perlu ada.Sebagai manusia kita harus mengetahui kelemahan diri sendiri supaya dapat diperbaiki dan menjadi lebih baik.

Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita dan meminta kita sebagai umat baginda mengamalkan doa ini yang bermaksud:
“Dengan nama Allah, aku serahkan semuanya kepada Allah, sebab tiada daya dan upaya kecuali atas pertolonganNya”.

Justeru umat Islam perlu membuat anjakan paradigm.Bangunlah berusaha selagi dikurniakan kudrat oleh Allah SWT dengan memberi komitmen dan kesungguhan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Usahlah hanya memeluk tubuh kononnya mengamalkan konsep tawakal sedangkan tawakal yang dilakukan itu jauh menyimpang daripada ajaran agama yang sebenarnya.Oleh itu, kita perlu mendalami dan memahami sebenar-benarnya konsep tawakal ini agar tidak tersalah faham dengan maksudnya.

KESIMPULAN

Sains dan teknologi lahir wujud dari zaman tokoh-tokoh Islam terdahulu seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Batutta, Al-Rush, Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Biruni dan ramai lagi.Diantara mereka ini merupakan tokoh bagi bidang perubatan, bidang matematik, bidang fiqh dan sebagainya.Mereka boleh menjadi tokoh yang hebat kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis.

Selain itu, sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa Allah sebagai penguasa alam semesta.Kita juga perlu tahu keutamaan tawakkal dan mempratikkannya dalam kehidupan.Sikap tawakkal harus diterapkan dalam kehidupan sehari-harisetiap muslim supaya kita kekal bergantung hanya kepada Allah dan bukan selain dari-Nya.Kita sebagai manusia banyak kekurangannya dan kita perlu sedar hal itu.Apa yang perlu dilakukan adalah kembali kepada Allah.Jika ada masalah, mintalah bantuan kepada Allah s.w.t bukan meminta bantuan daripada bomoh dan benda-benda yang khurafat yang membawa diri kepada kemusyrikan.

Baginda S.A.W pernah bersabda dan mafhumnya.
“ Jika engkau hendak meminta, memintalah kepada Allah.Jika engkau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan, mintalah kepada Allah”.(Hadis Riwayat Tirmizi).
Mungkin bukan sekarang kita dapat keputusan yang baik.Tapi mungkin kita akan mendapatnya jika kita redha terhadap apa yang Allah telah berikan pada kita walaupun pahit.Ingatlah, bahawa Allah itu benar-benar wujud bagi yang tidak mempercayai Allah, mereka bergantung pada perkara yang mudah rapuh bagaikan sarang labah-labah.
  
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment