Monday, October 12, 2015

Ilmu Falak Dalam Islam

Oleh : Siti Shafiqah Binti Ahmad

PENGENALAN
Ilmu sangatlah penting didalam kehidupan kita dari sehari ke hari sepajang hayat manusia. Ilmu memainkan peranan yang amat penting kepada manusia didalam meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ilmu yang kita ada atau punyai sekarang adalah menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Kepentingan ilmu sains dan teknologi perlu diberi perhatian oleh umat Islam untuk menjamin kelangsungan Agama Islam. Memang sudah jelas kepada umat Islam bahawa semua ilmu pengetahuan termasuk ilmu sains dan teknologi yang manusia perolehi datangnya dari sumber Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW. Maka kertas kerja ini akan meninjau atau membuat analisa keatas beberapa ayat-ayat berkaitan dengan ilmu Astronomi sahaja dari Al-Quran yang memberikan ilham, idea, buah fikiran dan kemahiran kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan dan kesejahteraan mereka didunia ini. Justeru itu seseorang yang mempunyai ilmu dan kemahiran perlu menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga mendapat manafaatnya.

PENGERTIAN ILMU FALAK
Secara sederhana ilmu falak adalah ilmu yang mempelajari tentang tata lintas pergerakan benda-benda langit, khususnya bumi, bulan dan matahari dalam garis edarnya masing-masing untuk dipelajari fenomenanya dalam rangka kepentingan manusia.Khusus dalam Islam, ilmu ini berguna untuk menentukan waktu-waktu ibadah.Ilmu falak merupakan cabang ilmu pengetahuan yang sudah tua, sebab ilmu ini ada sejak jagat raya ini terbentuk. Kata ‘falak’ atau ‘aflâk’ dalam bahasa Arab bermakna orbit atau edar benda-benda angkasa.Ibnu Khaldun (w. 808 H) menyebut ilmu ini dengan “hai’ah” iaitu ilmu yang menjelaskan tentang pergerakan bintang-bintang (planet-planet) yang diam maupun yang bergerak, serta menjelaskan tentang gumpalan-gumpalan awan yang bertaburan.Ilmu falak juga dikenali sebagai ilmu astronomi.

HADIS RIWAYAT
Agama Islam mewajibkan setiap orang Muslim menuntut ilmu. Seseorang Muslim yang mempunyai ilmu dapat memelihara akalnya dan mempergunakannya untuk mendapat  petunjuk, hidayah dan nikmat Allah SWT. Menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap Muslim dan Muslimah disisi agama Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap Muslim” (hadith riwayat Ibnu Majah) Menurut agama Islam lagi sesiapa yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT sebagaimana Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” (Riwayat Muslim) Jelaslah kepada umat Islam jika diteliti dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW bahawa Islam amat menitik berat dalam menuntut ilmu kerana dengan berilmu sahaja agama Islam kekal kukuh didunia ini dan ekonomi Islam akan berkuasa.

Alam semesta merupakan suatu makmal pengajian yang sangat menarik untuk dilaksanakan pemerhatian, penelitian, pengamatan atau mengambil pengajaran darinya. Pemerhatian, penelitian atau pengamatan tentang alam semesta dan sekitarnya seperti langit dengan jasad-jasad samawi, ruang angkasa, lautan, daratan,  ruang udara dan yang lain-lain telah ujud sejak ribuan tahun yang lalu. Melalui penelitian, pengamatan atau pemerhatian benda-benda dilangit dengan mata kasar atau telanjang mendorong manusia melahirkan idea dengan ciptaan-ciptaan berasaskan sains dan teknologi untuk kehidupan manusia didunia.

Beberapa ayat alQuran yang berkaitan dengan penelitian, pemerhatian atau pengamatan langit dan jasad-jasad samawi dipunyainya dalam astronomi adalah seperti berikut: 3 “Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu(menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” [Al-An’am, 6:96]

“Dan dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) didarat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.” [Al-An’am, 6:97]

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy. Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari,  dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,  kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” [Al-A’raaff, 7:54]

“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya  (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).” [Yunus, 10:5]

“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikanoleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undangundang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.” [ Yunus, 10:5]

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masayang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satupersatu,  supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).” [Ar-Ra’d, 13:2]

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadika malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” [Al-Anbiyaa’, 21:33]

“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh,  dan Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi:”Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu,  serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak da sesuatu pun yang dapat diperlindungi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!” [Al-Mu’minuun: 23 :86-88].
Maha berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit tempat-tempat peredaran bintang,  dan menjadikan padanya matahari dan bulan yang menerangi.” [Al-Furqaan 25:61]

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).” [Ar-Ruum 30:23]

“Ia menciptakan langitdengan tidak bertiang sebagaimana yang kamumelihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkan supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kamimenurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.” [Luqman 31:10].

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Alah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [Luqman 31:29]

 “Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta berada dalam gelap gelita.” [Yaasiin, 36:37] “Dan(sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; iakelihatan beredar ketempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” [Yaasiin, 36: 38]

“Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinnya pula keperingkat awalnya—(berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.” [Yaasiin, 36:39]

“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,  dan malam pula tidak mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapungapung di tempat edarannya masing-masing.” [Yaasiin, 36:40]

“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.” [Az-Zumar, 39:5].

“ Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ‘kami telah beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi,  dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [Al-Hujuraat, 49:16].

“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada disebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak- renggang?” [Qaaf, 50:6].

“Dan langit dijadikannya (membumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.”  [Ar-Rahmaan 55:7].

“(Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.” [Ar-Rahmaan 55:17].

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasankawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!.” [Ar-Rahmaan 55:33].

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikrkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat? Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang).” [Nuh 71:15-16].

“Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalanya, dan (dengan rejaman-rejaman api yang menyala.” [Al-Jinn 72: 8]

Mengikut Kamus Astronomi (Illingworth, 1979) takrifan astronomi ialah kajian cerapan dan teoritikal mengenai objek-objek samawi, ruang-ruang di antaranya dan tentang alam semesta secara keseluruhannya. Manakala definisi astronomi yang diberikan oleh tokoh atau sarjana Islam pada zaman dahulu: As Shafa: Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasadjasad samawi tersebut, 

Thasy Kura: Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad samawi yang bertaburan diangkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya dan Ibnu khaldun: Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang tetap. Melalui gerakan dan peredaran bintang-bintang ini hitungan dilakukan untuk ketahui bentuk dan kedudukannya. Ilmu falak secara tradisi dalam Islam lebih tertumpu kepada astrometri iaitu kedudukan atau posisi jasad-jasad samawi dilangit seperti Matahari dan bulan untuk menentukan arah kiblat, waktu solat dan awal bulan hijrah. Sepatutnya ilmu falak itu lebih meluas kalau di teliti daripada ayat-ayat berkaitan dengan fakta-fakta astronomi yang dihuraikan dalam al-Qur’an seperti yang telah dinyatakan diatas.

SEJARAH ILMU FALAK
Dalam peradaban Islam, ilmu falak pada mulanya tidak lebih hanya sebagai kegiatan pengamatan alam untuk kepentingan pertanian, perdagangan, penentuan ritual keagamaan, dan kepentingan lainnya.Namun tak jarang pula digunakan untuk kegiatan peramalan (nujûm, astrologi).Orang-orang dahulu percaya bahwa alam ini berada di bawah kekuasaan tersembunyi dari benda-benda angkasa di cakrawala (matahari, bulan, planet-planet dan benda angkasa lainnya).Mereka percaya bahwa kehidupan dan ketenangan hidup manusia berada di bawah kendali peredaran benda-benda angkasa tersebut. Dalam perkembangan berikutnya, Islam banyak melahirkan sarjana-sarjana astronomi yang berpengaruh di dunia, antara lain Al-Buzjani (w. 388 H), Ibnu Yunus (w. 399 H), Ibn al-Haitsam (w. 430 H), Al-Biruni (w. 440 H), Abu Ali al-Hasan al-Marrakusyi (w. ± 680 H), Ibn al-Majdi (w. 850 H), dan tokoh-tokoh lainnya. Adalah Dinasti Abbasiah, tepatnya masa pemerintahan Jakfar al-Mansur, yang berjasa meletakkan ilmu falak pada posisi istimewa setelah ilmu tauhid, fekah, dan kedoktoran


KEPENTINGAN ILMU FALAK
Dengan mempelajari ilmu Falak:
1.Menjelaskan berbagai konsep tentang dasar-dasar Astronomi yang berkaitan dengan penentuan waktu-waktu ibadah.
2.Menjelaskan peranan Ilmu Falak pada awal penentuaan waktu solat.
3.Melakukan penghitungan awal waktu solat dengan benar.
4.Menyusun jadual waktu Solat.
5.Menghitung sekaligus mengukur arah Kiblat.
6.Menghitung waktu-waktu ibadah seperti awal dan akhir puasa berlaku.
7.Membuat kalendar Masihi atau Hijrah.
8.Menentukan arah kiblat dan mushala yang ada.

PENEMUAN DAN CIPTAAN MANUSIA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI SETELAH MENELITI LANGIT

Perhatikan apakah kemajuan dalam sains dan teknologi yang telah dicapai oleh manusia daripada pemerhatian, penilitian atau pengamatan mereka pada langit di siang dan malam hari? Disini akan dibicarakan beberapa fenomena astronomi sahaja yang berada dilangit dan dikaitkan dengan pencapaian manusia dalam bidang sains dan teknologi. Untuk umat Islam penemuan lebih kepada ibadah harian iaitu menentukan arah kiblat,  waktu solat dan permulaan puasa bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Selain daripada itu sumbangan utama ialah pertama sekali sudah pastilah mengujudkan kalendar atau takwim samada Masehi atau Hijri. Apa pun yang pasti disini kalendar Hijri adalah satu-satunya kalendar yang menggunakan fenomena astronomi semata-mata iaitu peredaran bulan mengelilingi bumi. Manakala kalendar Masehi hanya  menggunakan peredaran bumi mengelilingi matahari sepanjang tahun. Kalendar lain menggunakan kaedah lunisolar iaitu gabungan bulan dan matahari. Berdasarkan peredaran bintang dilangit manusia telah menggunakannya sebagai petunjuk arah didalam pengembaraan didarat dan pelayaran dilaut. Umat Islam sedia maklum bahawa Allah menciptakan bintang untuk tiga fungsi iaitu menghiasi langit,  petunjuk arah dan melontar syaitan atau jin. Berasaskan peredaran dan kedudukan bintang, matahari dan bulan manusia telah dapat membina peralatan berkonsepkan sains dan teknologi iaitu satelit.

Sistem 24 buah satelit dapat digunakan sebagai Global Positioning system (GPS) untuk tujuan tunjuk arah.  Bukan sahaja sebagai petunjuk arah tetapi sistem satelit digunakan dengan meluas dalam bidang ketenteraan, pertanian, perikanan, ramalan cuaca dan lain-lain. Buat masa ini banyak digunakan didalam kereta untuk memandu pergi kesuatu tempat dan juga untuk menjejak kereta. Satu aspek fungsi bintang iaitu menjadi bebola api untuk dilontar kepada syaitan atau jin. Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu bolehlah diibaratkan sebagai bebola api yang dilontarkan kepada syaitan atau jin. Perilaku matahari yang sentiasa berubah juga dikatakan ada kaitan dengan perubahan cuaca hari ini apa yang dikenali sebagai cuaca angkasa (space weather). Kajian keatas matahari oleh umat Islam adalah amat penting bukan sahaja untuk penentuan waktu solat tetapi juga berkaitan dengan perubahan cuaca.   

Seterusnya kita dapat lihat perkembangan dari aspek ciri-ciri cahaya yang diperkenalkan oleh Ibnu Haytham. Hari ini kamera pelbagai jenis telah dihasilkan. Malah menggunakan ciri-ciri cahaya seperti pantulan dan biasan yang dikemukakan oleh Ibnu Haytham hari ini kita telah dapat berkomunikasi dengan lebih cepat antara satu sama lain sama ada melalui talian atau tanpa talian. Penggunaan gentian optik dan satelit telah merubahkan kepantasan berkomunikasi antara manusia.  

Fenomena gerhana matahari penuh membolehkan umat Islam menyemak sama ada permulaan kalendar Hijri mereka tepat atau tidak. Fenomena gerhana matahari penuh adalah ketika berlaku ijtimak. Fenomena aurora iaitu apabila elektron dan proton bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari memasuki atmosfera bumi menghasilkan warna biru atau merah atau hijau. Fenomena aurora ini berlaku di kutub utara dan selatan. Dikutub utara dipanggil aurora borealis dan kutub selatan dikenali sebagai aurora australis.

Fenomena ini membolehkan manusia mencipta televisyen. Fenomena ketika matahari berada tegak di atas Kaaba atau perisitiwa istiwa ini membolehkan umat Islam di sebahagian dunia yang berkongsi siang dapat menentukan arah kiblat mereka dengan yakin. Banyak lagi kejayaan yang manusia telah capai dengan pemerhatian, penelitian atau pengamatan mereka kepada langit sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam alQuran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam. 

KESIMPULAN
Beberapa manfaat Ilmu Astronomi atau Falak antara lain ialah manusia mengetahui pergerakan, penyebaran dan ciri-ciri objek-objek samawi dilangit, dapat menentukan waktu atau masa berpandukan matahari dan bulan, membantu untuk menentukan arah mata angin, petunjuk fenomena alam di bumi dan membuat ramalan cuaca dibumi. Semua ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia dibumi. Namun begitu kenapakah umat Islam tidak mahu mendalami ilmu astronomi atau falak ini? Sedangkan umat Islam telah dijanjikan kemuliaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Umat Islam tidak boleh semata-mata menyalahkan orang lain. Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalam kitab suci Al-Quran untuk dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNya sebagai petunjuk. Kitab suci Al-Quran dan hadith-hadith nabi menjadi dasar utama kepada umat Islam untuk mengembalikan kemuncak kegemilangannya dan kecemerlanganya. Maka adalah wajar umat Islam hari ini melengkapkan diri dengan segala keperluan ilmu yang telah digariskan didalam Al-Quran. Kepentingan ilmu sains dan teknologi adalah satu keperluan yang mesti dikuasai oleh umat Islam masakini supaya boleh berdikari dengan  tidak bergantung atau mengharap bantuan orang luar. Saya percaya penguasaan umat Islam di bidang ini akan memudahkan lagi Islam maju ke hadapan bersaing dengan barat. Bermula dari penguasaan ilmu astronomi/falak, ekonomi, tentera dan lain-lain barulah Islam dapat membina semula kekuatan dan kembali menguasai dunia sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh sejarah.  

RUJUKAN
1. The Global Positioning System Assessing National Policies, by Scott Pace,
Gerald P. Frost, Irving Lachow, David R. Frelinger, Donna Fossum, Don
Wassem, Monica M. Pinto, Rand Corporation, 1995, Appendix B, GPS History,
Chronology, and Budgets
2. Bryant, Duncan (1998). Electron Acceleration in the Aurora and Beyond. Bristol &
Philadelphia: Institute of Physics Publishing Ltd. p. 163. ISBN 0750305339.
3. "News and information about meteor showers, solar flares, auroras, and nearEarth
asteroids". SpaceWeather.com. Archived from the original on 4 August
2010. Retrieved 5 August2010.
4. Agrawal, Govind P. (2002). Fiber-optic communication systems. New York: John
Wiley & Sons.ISBN 0-471-21571-6.
5. "The Mysterious Origins of Solar Flares", Scientific American, April 2006

Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment