Monday, October 12, 2015

(Konsep Ekonomi Menurut Islam)

Oleh : Fatin Zulaikha Binti Mohd Khairi

PENGENALAN
MENJAGA HARTA UMMAH DAN INDIVIDU MENGHALANG ORANG SOLEH
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yg belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang kamu sendiri dijadikan Allah sebagai pemeliharaannya. Berilah mereka belanja dan pakai (dari hasil harta itu) dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata” An-Nisa’5

Safih ialah orang yang membelanjakan harta mereka secara membazir dan bukan dengan cara yang betul sama ada kerana akhlak mereka rosak, atau otak mereka lemah atau kerana tidak pandai mentadbir.

Jadi ayat ini melarang orang-orang Islam membiarkan orang-orang bodoh mentadbir harta mereka. Dalam ayat ini, ada dua syarat yang member galakan supaya orang-orang Islam menjaga harta orabg safih.

Pertama, dalam firman Allah : “harta kamu” tidak dikatakan (harta mereka), supaya dapat menarik perhatian orang-orang Islam bahawa harta orang safih dalam waktu yang sama ialah harta ummah yang wajib dipelihara dan tidak diberikan kepada orang safih, sebabnya, ialah jika orang safih itu membelanjakan harta kemudian ia menjadi miskin maka ia akan menimbulkan suatu keadaan yang bahaya lepada masyarakat. Untuk menjamin perlulah dianngap harta orang safih sebagai orang-orang Islam.

Kedua ialah firman Allah : “Yang kamu sendiri dijadikan Allah sebagai pemeliharaannya”. Maknanya ialah harta yang Allah jadikan untuk kamu gunakan menurut muslihat iaiti tiang kepada kehidupan ekonomi ini yang menjadi asas kepada kehidupan.

Orang safih jika menggunakan hartanya kepada kerosakkan maka ia seolah olah merosakkan masyarakat umum, ia mendedahkan dirinya dan masyarakat juga kepada kepada kemiskinan, khasnya apabila harta itu terjatuh ke tangan penjudi, pemabuk dan perbuatan sia-sia yang lain. Dengan sebab itu wajib diberi tahu kepada pemerintah supaya menghalang orang safih dari mentadbir harta mereka dan mereka hanya diberi menurut kadar keperluan sahaja. Malangnya orang Islam melakukan perkara yang berlawanan dengan ini, dan dengan demikian lebih kurang 1/3 daripada harta mereka hilang melalui tindakan orang-orang safih.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM : MENJAGA HARTA UMAT

Menjaga harta umat merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat tamadun Islam. Matlamat tamadun ini terbahagi kepada beberapa aspek menurut tamadun Islam iaitu zakat, sedekah, Infaq, wakaf dan hadiah.

1. ZAKAT

1.1 PENGERTIAN ZAKAT
Perkataan zakat atau al zakah dalam bahasa Arab yang membawa maksud suci, rahmat, berkembang, subur, bertambah, damai dan terpuji. Ia merujuk kepada pembersihan diri yang diperoleh selepas melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat.
Pengertian zakat menurut Kamus Dewan ialah rukun keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat tertentu.

1.2 SYARAT SYARAT ZAKAT
-MUSLIM-
Kerana zakat merupakan salah satu rukun Islam maka tidak diwajibkan kepada orang kafir.
-MERDEKA-
Zakat tidak diwajibkan budak dan hamba kerana hartanya milik tuannya maka tuannyalah yang mengeluarkan zakat.

-DEWASA (BALIGH)-
Zakat hanya diwajibkan kepada orang dewasa, bukan kanak kanak yang belum baligh.Akan tetapi sekiranya kanak kanak itu sudah memiliki harta yang sudah sampai nisab dan satu tahun maka wali atau orang yang menguruskannya wajib mengeluarkan zakat dan diniatkan untuk mereka.
-BERAKAL-
Orang yang tidak berakal kedudukannya atau sama dengan kanak kanak, maka walinya yang dibebani untuk mengeluarkan zakat.

1.3 HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
Terdapat beberapa kumpulan harta yang diwajibkan zakat, mengikut jenisnya seperti yang berikut :
BINATANG TERNAKAN
Binatang yang dikenakan zakat terdiri daripada lembu (termasuk kerbau), kambing biri-biri dan unta. Pada umumnya kadar yang wajib dikeluarkan ialah 2.5 peratus iaitu dikira pada nilainya. Nisab bagi unta ialah 5 ekor, lembu 30 ekor dan kambing dan 40 ekor. Syarat dikenakan zakat adalah dengan memastikan binatang ternakan dipelihara di kawasan peliharaan da bukan milik persendirian.Perkara ini difahamkan daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w, tentang syarat pemeliharaan tersebut.

PERTANIAN
Kewajipan zakat terhadap hasil pertanian jelas dinyatakan dalam al-Quran surah al-An’am. Jenis-jenis pertanian yang dikenakan zakat merupakan makanan ruji termasuklah anggur, tamar dan tanaman asasi yang lain. Kadar minimum ialah lima ausuk. Manakala bagi padi pulak ialah 400 gantang Baghdad setahun. Kadar yang dikenakan terbahagi kepada tiga, iaitu sekiranya diairi dengan menggunakan tenaga manusia dikenakan pada kadar 2.5 peratus, manakala menerusi hujan dengan kadar 10 peratus dan jika diairi serta menerima air hujan pada kadar 5 peratus.

WANG, EMAS DAN PERAK
Had minimum zakat tersebut adalah pada nilai 20 dinar atau 200 dirham. Kadar ini berbeza mengikut nilai wang antarabangsa semasa yang sentiasa berubah turun naik dalam pasaran pada masa ini. Kadar yang wajib dikeluarkan zakat ialah 2.5 peratus secara spesifik. Emas dan perak tersebut bukanlah terdiri daripada alat perhiasan wanita. Kalau dijadikan perhiasan tidak wajib dikeluarkan zakat.

PERNIAGAAN
Urusan perniagaan diwajibkan zakat dari segi hasil daripada pusingan perniagaan itu sendiri yang menunjukkan logam seperti emas, perak, besi dan cecair seperti minyak. Kadar yang dikenakan ialah 20 peratus. Kadar yang tinggi dikenakan kerana perusahaan ini tidak memerlukan faktor masa dan usahanya tidak banyak mengalami kesusahan dan risiko berbanding dengan kegiatan ekonomi yang lain. Tambahan pula, nilainya tinggi.

FITRAH
Fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam secara sama rata. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak satu gantang Baghdad daripada jenis makanan ruji. Amalan dewasa ini sudah dilakukan dengan lebih mudah mengikut tempat dan keadaan. Kebanyakkan negeri mengamalkan bayaran secara wang mengikut tempat dan keadaan. Kebanyakkan negeri mengamalkan bayaran secara wang mengikut pendapat Imam Abu Hanifah. Waktu pengeluarannya adalah pada hari raya puasa, bertujuan antara lain untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang miskin pada hari itu serta membersihkan diri pengeluarannya setelah setelah sebulan menunaukan ibadah puasa.

1.4 HUKUM ZAKAT
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang kelima. Maka hukumnya wajib bagi setiap muslim yang memenuhi syarat syaratnya.

1.5 CARA PENGAGIHAN ZAKAT
a)Ahli-ahli fiqah mempunyai pendapat yang berbeza sama ada tabung ini harus dibahagikan sama rata kepada lapan golongan atau ia harus dibelanjakan kepada semua golongan ini secara bersama.
b)Ahli-ahli fiqah juga berpendapat bahawa jumlah maksimum wang yang boleh diberi kepada sesiapa yang berhak menerima zakat, tidak harus melebihi jumlah nisab iaitu 200 dirham.
c)Dikatakan juga bahawa pembayaran zakat mestilah terhasil dalam bentuk pemindahan pemilikan kepada penerima zakat. Zakat tidak boleh diberi kepada saudara mara sama ada yang lebih tua atau lebih muda, malah kepada suami atau isteri kerana dalam kes-kes seperti ini ia merupakan pemindahan milik yang tidak sepenuhnya daripada pembayar zakat kepada penerimanya.

1.6 HIKMAT DISYARIATKAN ZAKAT
-Dapat menguatkan rasa kasih saying si kaya dan si miskin.
-Mensucikan dan membersihkan jiwa serta menjauhkan jiwa daripada sifat kikir dan bakhil.
-Membiasakan seorang muslim untuk bersifat belas kasihan.
-Memperoleh keberkatan, tambahan dan gantinya lebih baik daripada Allah.
-Sebagai ibadah kepada Allah S.W.T

2 SEDEKAH
2.1 PENGERTIAN SEDEKAH
Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sudaqoh yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh orang muslim kepada orang muslim yang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Sedekah dalam pengertian para fuqaha disebut sadaqah at-tawwu’ iaitu sedekah secara spontan dan sukarela.
Pengertian sedekah menurut kamus Dewan ialah pemberian kepada fakir miskin(dengan ikhlas).Maksud yang sama ialah membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ihklas tanpa mengharapkan sebarang imbalan atau balasan.

2.2 HUKUM BERSEDEKAH
Para fuqaha bersepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunnah, mendapat pahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Di samping sunnah, adakalanya hukum sedekah menjadi haram iaitu dalam keadaan seseorang yang bersedekah mengetahui dengan pasti bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut akan menggunakan harta sedekahnya untuk kemaksiatan.Manakala hukum sedekah menjadi wajib jika seseorang bernazar hendak bersedekah kepada seseorang tertentu.

2.3 PEMBAHAGIAN SEDEKAH
Sedekah pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu sedekah wajib(zakat) dan sedekah sunat.
Pada masa kini, sedekah sunat dipandang ringan dan tidak penting oleh sesetengah pihak yang mana sebenarnya amat bermanfaat kerana dapat meringankan bebanan orang-orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak-anak yatim.
Amalan bersedekah daripada satu sudut yang lain menggambarkan sifat kemurahan hati dan keluhuran budi seseorang manusia.Tidaklah dikatakan seseorang manusia itu kaya dengan
perikemanusiaan jika tidak ada sikap prihatin dan belas kasihan kepada sesame manusia.

3 HADIAH
3.1 PENGERTIAN HADIAH :
Hadiah bermaksud suatu pemberian kepada orang lain sama ada berbentuk cenderamata, ungkapan terima kasih mahupun sebagai penghargaan dan sebagainya. Hadiah tidak semestinya berbentuk sesuatu benda, terdapat juga dalam bentuk tenaga, fikiran, sikap dan tingkah laku yang menyenangkan.
Pengertian hadiah mengikut kamus Dewan ialah pemberian kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan dan lain-lain.Selain itu, hadiah juga bermaksud ganjaran kerana menang perlumbaan, pertandingan dan lain-lain.

3.2 HUKUM MENERIMA HADIAH DARI SEORANG MUSYRIK
Para ulama telah berselisih tentang hukum menerima hadiah dari seorang musyrik untuk seorang muslim.Terdapat dua pendapat :
Pendapat pertama : bolehnya menerima hadiah dari seorang musyrik.Antara dalilnya: 1.Hadith dari Anas yang sahih, “Bahawa ada seorang perempuan Yahudi yang memberi kepada Rasulullah s.a.w berupa daging kambing yang beracun.”Muttafaq’alaih.
2.Dan Imam Bukhari dalam ash-Sahih meriwayatkan dari Abu Humaid, “Dan Raja Allah memberi hadiah kepada Nabi s.a.w seekor bighal putih dan menutupinya dengan kain bergaris.., ”
Pendapat kedua : tidak boleh menerima dari seorang musyrik.
Melalui dalil hadis Iyadh bin Himar r.a bahawa dia menghadiahkan kepada Nabi s.a.w seekor unta. Maka Nabi s.a.w. “Apakah engkau telah masuk Islam ?” dia berkata, tidak. Nabi s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya aku dilarang menerima pemberian orang-orang musyrik, ”(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, at-Tarmidzi

4 INFAQ
Infaq bermaksud pengeluaran sukarela yang dilakukan oleh seseorang. Diberi kebebasan kepada pemiliknya untuk untuk menentukan jenis harta, berapa jumlah yang sebaiknya diserahkan.
Menurut bahasa Arab infaq berasal dari kata anfaqa, yang bererti mengeluarkan untuk kepentingan sesuatu.
Menurut istilah syariat pula, Infaq adalah mengeluarkan sebagian harta yang diperintahkan oleh Islam.

5 WAKAF
5.1 DEFINISI WAKAF
Wakaf (waaf) atau Hubs dari segi bahasa bermaksud menahan menghentikan. Dalam istilah perundangan Islam, wakaf bererti melindungi sesuatu, menahan sesuatu daripada menjadi milik orang ketiga. Dari segi syarakpula, kita boleh melihat beberapa takrif yang diberi oleh ulama-ulama tertentu.
MENURUT ABU HANIFAH :
Wakaf adalah pemindahan milik sesuatu benda tertentu dengan cara mengekalkan hak-hak pemilikan dan menggunakan manfaat daripadanya (wakaf) untuk tujuan kebajikan.
Ini bererti bahawa manfaat benda yang diwakafkan itu boleh digunakan oleh penerima tetapi benda itu bukanlah miliknya. Umpamanya, air dari telaga yang diwakafkan boleh digunakan tetapi telaga itu tidak menjadi milik pengguna.
ABU YUSUF, IAITU MURID ABU HANIFAH, MENTAKRIFKAN :
Wakaf sebagai penahan sesuatu harta yang menjadi milik Allah s.w.t. yang mana hasil daripadanya boleh digunakan untuk kepentingan umum. Penyerahan harta itu adalah mutlak. Ia tidak boleh dijual, dihadiahkan kepada orang lain atau diwarisi.
Penjelasan Abu Yusuf menegaskan bahawa harta wakaf adalah milik Allah dan tidak berhak bagi seorang pun untuk mendakwa bahawa harta adalah kepunyaannya.Justeru itu, manfaat harta wakaf akan berterusan dinikmati oleh orang ramai. Begitu juga dengan tapak masjid atau tanah perkuburan yang lazimnya tanah wakaf. Menurut Muhammad bin al-Hasan al-Syarbini, wakaf yang dimaksudkan disini ialah “penyerahan penggunaan manfaat harta bagi kepentingan selain tuan miliknya”.
Tanpa diragui lagi niat wakaf ada hubungan dengan agama. Tujuan utama berwakaf ialah qurbah atau faqarrub iaitu mendekatkam diri dengan Allah. Wakaf adalah satu usaha untuk mencapai keredhaan Allah. Niat dalam berwakaf hamper menyerupai konsep korban ketika mengerjakan ibadah haji. Yang sampai kepada Allah bukanlah haiwan yang dikorban ataupun benda yanf diwakafkan, tetapi yang sampai niat keikhlasan keran Allah.

5.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN WAKAF
Sebelum menjelaskan bahagian-bahgian wakaf, kita perlu mengetahui bagaimana proses pergerakan wakaf itu berlaku. Penyerahan wakaf boleh dilakukan dengan penyerahan mutlak harta itu atau dengan penyerahan manfaatnya sahaja secara individu atau melalui pihak-pihak tertentu yang diamanahkan untuk mentadbirkan harta wakaf tersebut. Undang-indang Islam mengiktirafkan dua jenis wakaf sahaja, iaitu wakaf umum dan wakaf khas atau lebih dikenali dengan waaf al’am atau al’khairi dan waaf al-khas atau al-ahli tau al-dhurri.
Pertama, wakaf ‘am atau khairiah memperuntukkan hasil wakaf untuk tujuan agama dan kebajikan yang diakui oleh Islam. Termasuklah dalam kumpulan wakaf jenis ini ialah membelanjakan harta untuk mendirikan masjid, sekolah, membina jambatan dan jalan raya seta menyediakan tanah perkuburan bagi kegunaan umum. Begitu juga wakaf ini digunakan untuk menguruskan rumah tumpanagan bagi orang musafir, membina rumah untuk para pejuang Islam, dan membina tempat menyimpan biji-bijian kepada petani secara percuma. Di samping itu, wakaf ini juga digunakan untuk membantu para peniaga(dalam membentuk ruang kedai), orang buta, orang cacat, untuk membantu anak yatim dan anak-anaj yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.
Kedua, wakaf khas atau dhurriah atau ahli memperuntukkan hasil wakaf untuk tujuan agama dan kebajikan dan juga orang yang dinamakan dalam wakaf itu. Wakaf cara ini adalah untuk memberi jaminan sosial kepada kaum kerabat dan keturunan orang yang mewakafkan harta tersebut. Wakaf cara ini berkaitan dengan amal kebajikan seperti membantu fakir miskin atau para pelajar.
Perbezaan antara wakaf ‘am dengan wakaf khas ialah dengan penubuhan wakaf ‘am hasil wakaf disalurkan serta-merta kepada lembaga agama, budaya atau kebajikan serta masjid, perkuburan, maktab, jambatan dan perigi. Bagaimanapun, bagi wakaf khas, walaupun hasil wakaf ini akan sampai juga akhirnya kepada sesuatu lembaga seperti tersebut di atas, hasinya lebih awal lagi diberi kepada penama-penama yang terdapat dalam penyataan wakaf ini. Ini bermakna wakaf kedua ini mengutamakan penyaraan anak dan zuriat pewakaf atau orang lain dengan syarat apabila tidak ada lagi penerima yang berhak, hasil wakaf tersebut hendaklah diberikan untuk tujuan agama atau kebajikan.

5.3 PERKARA YANG BOLEH DIWAKAFKAN
a) harta tidak bergerak
b) harta boleh bergerak
c) harta yang tidak boleh dipecahkan atau dibahagikan

Harta tidak bergerak ialah seperti tanah, dusun, kebun dan bangunan seperti rumah dan kedai. Barang-barang bergerak yang terdapat pada harta yang tidak bergerak ini seperti lembu, ayam, itik dan perkakasan sah diwakafkan bersama. Oleh itu, amat perlu bagi pewakaf menyebut status benda-benda bergerak yang terdapat pada harta tidak bergerak yang ingin diwakafkan.

Terdapat harta harta bergerak yang ingin diwakafkan seperti ternakan dan perkakasan, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan fuqaha walaupun masyarakat umum menganggapnya tidak boleh diwakafkan kerana tidak memiliki sifat kekal. Bagaimanapun, pengecualian dibuat terhadap benda-benda yang boleh bergerak yang terdapat pada harta tidak bergerak seperti dalam keterangan diatas. Bagaimanapun, pendapat yang lebih tepat menyatakan pewakafan benda-benda bergerak itu adalah sah sekiranya terdapat adat di sesuatu tempat itu mewakafkannya seperti pewakafan naskah al-Quran, buku, kapak, gergaji, periuk dan keranda untuk mengusung jenazah.

5.4 RUKUN WAKAF
1)Yang bewakaf dan syaratnya :
 a)Berwakaf membuat kebaikkan walaupun bukan Islam.
 b)Dengan kehendak sendiri dan tidak sah kerana dipaksa.
2)Benda yang diwakafkan dan syaratnya :
 a)Hendaklah kekal zatnya iaitu semasa diambil manfaatnya zatnya tidak rosak seperti sekolah, rumah dan tanah.
 b)Kepunyaan yang member wakaf.
3)Tempat berwakaf (yang berhak menerima hasil wakaf itu). Kalau berwakaf kepada orang yang tertentu disyaratkan orang yang berhak menerima hasil wakaf itu orang yang berhak memiliki sesuatu, maka tidak sah wakaf kepada anak yang masih dalam kandungan rahim ibu begitu juga kepada hamba.
4)Wakaf untuk kebajikan am.
Lafaz wakaf seperti kata yang member wakaf, “ Saya wakafkan ladang saya ini kepada orang-orang miskin atau saya wakafkan bangunan ini untuk kediaman pelajar-pelajar atau sebagainya.

5.5 SYARAT WAKAF

1) Selama-lamanya yakni tidak terbatas dengan waktu maka jika seorang berkata : Saya wakafkan ini kepada fakir miskin dalam masa dua tahun, maka tidak sah kerana tidak berkekalan.
2) Tunai dan tidak ada khiyar(pilihan)
Bersyarat kerana wakaf bermakna pemindahan milik pada wakaf itu. Jika disyaratkan khiyar atau dia berkata : Kalau saya dating saya wakafkan ini kepada sekolah ini.Wakaf semasa ini tidak sah, kerana tidak bersifat tunai, kecuali jika dihubungkan dengan mati seperti seorang berkata : Saya wakafkan ladang getah saya kepada Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sesudah saya mati, akan lafaz ini menjadi wasiat bukan wakaf.
3) Hendaklah diterangkan kepada siapa yang diwakfkan, jika dia berkata, “Saya wakafkan rumah ini” tidak sah, kerana tidak diterangkan kepada siapakah ataupun pihak mana diwakafkan.

5.6 PERLAKSANAAN WAKAF DI MALAYSIA

Kedudukan wakaf di Malaysia tidak begitu menonjol seperti di Negara-negara Islam lain seperti Mesir dan Turki. Ini kerana berdasarkan kecilnya jumlah harta yang dijadikan harta wakaf. Kebanyakkan harta wakaf di Malaysia terdiri daripada tanah perkuburan, tapak masjid dan tanah untuk tapak bangunan sekolah. Sekolah agama khususnya dibangunkan daripada harta wakaf tetapi jumlahnya sangatlah terbatas.

Dari segi sejarah agak sukar untuk menentukan bilakah masanya wakaf diperkenalkan di Malaysia. Besar kemungkinannya wakaf mula diperkenalkan serentak dengan kedatangan Islam di negara ini seperti juga pendidikan Islam diperkenalkan serentak dengan tersebarnya Islam. Tetapi, kepesatan perkembangan harta wakaf dalam bidang pendidikan dapat dilihat sejak mula berkembangnya institusi pondok. Banyak tanah yang dijadikan tapak sekolah pondok diwakafkan pada abad ke-19. Tanah-tanah wakaf itu asalnya adalah tapak untuk masjid dan tanah perkuburan.

Secara keseluruhannya penubuhan sekolah agama (madrasah) adalah hasil inisiatif orang ramai yang menderma dengan cara kutipan khairat atau yang mewakafkan hartanya. Tetapi ada juga bangunan sekolah yang diwakafkan sepenuhnya oleh orang tertentu. Contohnya, Madrasah al-Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Madrasah ini diwakafkan oleh almarhum Sultan Idris I pada tahun 1922.

Harta wakaf ini sangat penting kepada masyarakat kerana melaluinya pelajar-pelajar Islam berpeluang melanjutkan pelajaran. Terdapat banyak kes harta wakaf yang telah memberi faedah. Contohnya, di Selangor terdapat Kolej Islam Kelang. Manakala di Pantai Timur iaitu Kelantan, terdapat banyak tempat ibadat, pondok, sekolah agama dan tanah tapak rumah atau ladang yang diwakafkan.

5.7 MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PENYELENGGARAAN WAKAF

Terdapat beberapa masalah dalam penyelenggaraan wakaf di Malaysia. Secara ringkasnya, masalah itu boleh dibahagikan kepada tiga ketegori :
a) masalah Pentadbiran
b) masalah Undang-undang
c) masalah Pengurusan

Masalah Pentadbiran
1. Pengurusan wakaf yang tidak teratur
Dalam enakmen Pentadbiran Hukum Syarak bagi setiap negeri di Malaysia termaktub bahawa Majlis Agama Islam negeri yang berkenaan merupakan pemegang harta yang diamanahkan untuk mentadbir harta wakaf di negeri itu. Malangnya ada antara negeri tersebut tidak mewujudkan satu unit yang khas dalam struktur organisasi Majlis untuk menguruskan hal wakaf. Akibatnya wakaf tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

2. Kekurangan Kakitangan atau pegawai yang berkelayakan
Dalam kebanyakkan negeri, pegawai yang menjaga hal-ehwal wakaf juga merupakan pegawai yang menjaga unit-unit zakat dan dakwah. Tidak ada pegawai yang berkelayakan dan bertauliah untuk mengendalikan wakaf. Setakat ini, di kebanyakkan negeri, urusan wakaf ditadbir oleh pegawai yang tidak terlatih dalam perkara tersebut. Kesan daripada masalah ini adalah seperti berikut :
a) Masih banyak wakaf yang tidak dipindah milik kepada Majlis Agama Islam. Malah ada tanah wakaf yang belum didaftarkan.
b) Sebahagian daripada tanah wakaf tidak disenaraikan dengan lengkap dari segi pemilik, nombor lot, keluasan, kegunaan dan pengawasan.
c) Susah hendak mengesan tamatnya tempoh penyewaan kedai atau rumah kediaman. Kadangkala penyewa-penyewa masih tinggal di rumah sewa kepunyaan kumpulan wakaf walaupun telah tamat kontraknya.

Masalah Undang-undang
1) Terikat dengan Akta Sewaan tahun 1948 dan 1960
Mengikut Akta Sewaan tahun 1948, kadar sewa harta pada akhir dan awal kurun ke-19, adalah sebanyak RM1.00 sebulan untuk tempoh 99 bulan. Dalam Akta1960 pula, tempohnya dipinda kepada 66 tahun dengan ladar sewa sebanyak RM10 sebulan.

2) Kerumitan proses untuk mewakafkan harta
Mengikut amalan sekarang, sesiapa yang beniat hendak mewakafkan tanah hendaklah mengisi borang-borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Tanah dan setelah diproses, tanah tersebut diletakkan sebagai rizab dan bukannya wakaf. Kemudian pihak Majlis Agama Islam haruslah membuat permohonan semula kepada Jabatan Tanah supaya tanah tersebut diwartakan sebagai tanah wakaf.

Masalah Pengurusan

Masalah paling besar yang dihadapi oleh pihak Majlis Agama Islam negeri adalah kekuranganmodal bagi membangunkan harta wakaf. Pendapatan daripada harta wakaf yang dibangunkan adalah terlalu kecil untuk membantu wakaf-wakaf yang lain. Ini disebabkan oleh :
a) sewa rumah murah
b) pelaburan yang tidak ekonomik.

Pendapatan daripada harta wakaf itu terlebih dahulu digunakan untuk penyelenggaran masjid seperti membayar bil air dan elektrik, membeli perkakas masjid, dan membayar gaji serta elaun pegawai masjid. Contohnya, pada tahun 1974, perbelanjaan wakaf di Melaka mengatasi pendapatan. Segala pendapatannya habis digunakan untuk membeli alat kelengkapan dan pembiayaan pengurusan bagi tanah wakaf dan masjid serta membayar cukai tanah.

KESIMPULAN

Berdasarkan bahan rujukan berkenaan dengan menjaga harta umat, dapatlah saya simpulkan bahawa tamadun Islam amat menitikberatkan penjagaan harta terhadap kaum-kaumnya.Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap ikhtilat dijaga dan diberi panduan penjagaan serta pembahagian dengan penuh teliti dan sesuai untuk setiap zaman dan peredaran masa.
Sebagai contohnya, zakat, wakaf dan lain-lain dijelaskan dengan lebih teliti beserta dengan ayat-ayat Quran dan Hadith Nabi s.a.w supaya tidak berlaku penyelewengan serta salah faham antara para pengkaji dan umat manusia yang lain.
Oleh itu, dengan adanya bahan-bahan rujukan dapatlah saya mempelajari dan mengetahui dengan lebih dalam dan terperinci tentang ikhtilat tamadun Islam sejak zaman para Nabi.

RUJUKAN

Percukaian negara Islam : perbandingan percukaian moden dengan Islam, Zolkarnain b. Yusof, 1994

Ekonomi dan pendidikan dari perspektif Islam, Rosmani Hashim dan Abdul Karim, 2000

Ekonomi Islam, Afif Abdul Latif Tabbarah, 1982

Islam agama bisnes dan pengurusan, Dato’ Dr.Haron Din, 2007

Doktrin Ekonomi Islam, Afza-Ur-Rahman, 1980


Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment