Monday, October 12, 2015

(Konsep Tamadun Islam)

Oleh Nadhirah Binti Zulhisham 2014133105

PENDAHULUAN

Kebangkitan gerakkan Islam diabad ini, memperlihatkan tanda-tanda yang sihat kearah menegakkan semula masyarakat yang memahami dan menghayati ajaran islam. Penghayatan ajaran Islam dikalangan umat islam adalah bertunjang dari kefahaman, kecintaan serta keyakinan yang bertapak dihati dan jiwa orang-orang yang bergelar muslim. Masyarakat muslim sepatutnya sudah mencapai kehidupan yang lebih baik dengan berpandukan ciri-ciri tamadun islam yang terdahulu. Masyarakat muslim harus berbangga dengan usaha orang-orang muslim yang terdahulu kerana wujudnya sebuah tamadun yang terbaik di kalangan tamadun-tamadun lain iaitu Tamadun Islam. 

Tamadun islam merupakan satu tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim sejak dari dulu lagi. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan penekanan terhadap kemajuan, kerohanian serta kemajuan kebendaan. Tamadun islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya. Mengeluarkan menusia dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam. Dapat kita lihat hari ini bahawa pengaruh Islam amat besar dalam dunia masa kini. Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada tamadun yang telah didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7M dan telah menjadi panduan kita hingga kini. Tamadun islam adalah tamadun yang hebat berbanding tamadun barat yang lain. . Pelbagai bangsa dalam dunia ini telah bergabung dibawah naungan islam yang satu kearah membina sebuah tamadun agung sehingga wujudnya bandar-bandar terkemuka seperti Madina suatu ketika dahulu. Bandar-bandar ini menjadi pusat-pusat penting perkembangan tamadun dan kebudayaan islam seterusnya menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya. 

Bukan itu sahaja bahkan tamadun islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan. Dalam islam banyak pendapat telah dikemukan oleh saujana-saujana mengenai maksud tamadun islam. Walaupun banyak pendapat mengenainya, kesemuanya mempunyai maksud yang lebih kurang sama dan bertepatan dengan maksud tamadun islam dari kaca mata islam itu sendiri. Namun begitu, terdapat perkara penting dalam mewujudkan sebuah tamadun islam yang unggul iaitu tamadun islam yang berteraskan kepada tauhid. 

TAKRIF

Takrif Tamadun

Terdapat pandangan dan pendapat yang berbeza beza mengenai takrif atau maksud tamadun. Perbezaan ini menunjukkan bahawa terdapat tafsiran yang luas mengenai maksud tamadun itu sendiri. Latar belakang keilmuan, pengalaman dan persekitaran masa dan zaman yang berbeza menjadi faktor kepada perbezaan maksud itu. 

Merujuk kepada Bahasa Melayu, tamadun diertikan oleh Kamus Dewan Bahasa sebagai kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban diertikan sebagai kemajuan yang meliputi kehidupan fizikal dan spritual sesuatu bangsa atau masyarakat. Pengertian tersebut menepati makna tamadun islam dari kaca mata islam. Dapat disimpulkan di sini bahawa, tamadun islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat ialam berlandaskan ciri-ciri islam. Penekanan dan pembinaan tamadun islam adalah merangkumi aspek spritual, material dan intelektual. Ringkasnya islam merupakan tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’. Kemajuan pulameliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa atau masyarakat. Dalam bahasa Melayu perkataan peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat, hidup diatur oleh hukum, mempunyai cara hidup yang lebih tinggi daripada orang lain. 

Tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Dengan itu, secara kasarnya perkataan tamaddun atau tamadun dalam bahasa Melayu itu boleh diertikan dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu, material, budaya dan kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan keagamaan yang bersumberkan wahyu al-Qur’an dan al-Hadith. 

Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsep kemajuan, kebudayaan, sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa. Pengertian tamadun jugaboleh dilihat melalui aspek bahasa dan istilah, terutamanya dari sudut bahasa Arab, epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, beberapaistilah telah digunakan oleh sarjana islam untuk menerangkan maksudtamadun. Antaranya ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Sebenarnya, perkataan tamadun berasal dari perkataan maddana yang merujuk kepadaperbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budipekerti. Dari perkataan maddana ini, terbitlah perkataan madani yang berkaitandengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Beberapa ahli sarjana islam turut mengemukakan definisi mengenaitamadun. Antaranya ialah Ibn Khaldun, atau nama sebenarnya Abdurrahman AbuZaid Waliuddin Bin Khaldun yang terkenal dalam bidang sejarah dansosiologi. Beliau menjelaskan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusiayang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan kearah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Ini termasuklah keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. Beliau juga telah menggunakan istilah”umran” dalam karyanya ”Muqaddimah”. Istilah ”umran” ini digunakan dalam kajiantentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiamidan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selainitu, istilah ”hadarah” yang berlawanan dengan istilah ”badi” atau ”badiah” turutdigunakan. ”Hadarah” memberi maksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atautanah yang diusahakan. 

Selain Ibn Khaldun, sarjana islam Syed Muhammad Naquib Al –Attaspula memberi takrif bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insanbermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaanyang luhur bagi seluruh masyarakat. Menurut sarjana islam Muhammad RasyidRedha pula, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur spiritual akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya, semua tamadun didunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan ataukemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan peganganagama atau sebaliknya. 

Selain daripada definisi di atas, sarjana islam Sayyid Qutb, turutmengemukakan pandangannya mengenai tamadun. Beliau menjelaskan bahawatamadun islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulanmasyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaanyang berteraskan syariat Allah s. w. tserta bercirikan nilai-nilai moral islam. Sarjana islam seterusnya iaitu Siti Hawa pula mengatakan bahawatamadun secara umumnya terbahagi kepada Tamadun Islam dan TamadunJahiliyah. Tamadun islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di ataskebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yangdijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspekkerohanian dan moral. Menurut ’Umar ’ Audah Al-Khatib pula, maksud tamadunialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yangmenunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruhkehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. 

Bagi Muhammad Al- Bahiypula, tamadun memberi maksud keseluruhan penghasilan atauproduktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentukfalsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. 

Kesimpulannya, definisi tamadun menurut sarjana islam lebih meluasskopnya berbanding pandangan sarjana barat. Ini adalah kerana sarjana islammengutarakan pendapat mereka berlandaskan agama islam iaitu melibatkan aspekkerohanian dan kebendaan dalam menterjemahkan maksud tamadun. Sedangkansarjana barat menilai tamadun hanya semata-mata berlandaskan kepadapemikiran dan akal dalam menentukan corak ragam kehidupan seharian. 

Takrif Tauhid

Tauhid merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asas Aqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". 

Ilmu Tauhid secara umum ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, seperti dalil naqli, dalil aqli. Secara etimologi tauhid berasal dari kata wahhada, yuwahhidu, tauhida yang berarti menjadikan sesuatu satu atau dengan kata lain mengesakan. Dari segi bahasa ia bermaksud meng "Esa" kan, yakni meng "Esa" kan Allah S. W. T. 

Menurut Qamus al-Muhit, Tauhid bererti menjadikan sesuatu itu satu. Menurut Hasyiah al-Bajuri iaitu kitab syarah kepada kitab al-Jauharah, yang bermaksud mengetahui bahawa sesuatu itu adalah satu. Tauhid dari segi syarak pula ialah Meng-Esakan Allah dengan ibadat serta meyakini ke-Esaan tersebut pada zat, sifat-sifat dan perbuatan-Nya. Pengertian yang lain pula ialah: Menetapkan ke-Esaan zat yang tidak menyamai segala zat yang lain, tanpa melakukan penafian terhadap segala sifat-sifatnya. 

Al-Syeikh al-Iji pula telah mendefinisikan ilmu Tauhid sama seperti definisi ilmu Kalam. Katanya: “Ilmu Kalam itu ialah ilmu yang mampu memberi ketetapan pada kepercayaan dan keyakinan agama berdasarkan hujah-hujah serta menolak sebarang kesamaran. ”

Syeikh Junaid al-Baghdadi berkata: “Tauhid ialah meng-Esakan yang (bersifat dengan) Qidam dari yang baru. ” Dalam syarah Jauharah al-Tauhid menyatakan: “Suatu ilmu yang mampu memberi kefahaman dan penjelasan aqidah agama, yang diambil dari dalil-dalil yang diyakini. ”

Di dalam Jauharah al-Tauhid, pengarangnya menyebut tiga perkara asas yang dibincangkan dalam ilmu Tauhid, iaitu ilmu mengenai Ketuhanan ianya meliputi ilmu Uluhiyyah, Rububiyyah dan nama serta sifat-sifat Allah SWT. 

Dalam hal ini ada beberapa pendapat para ahli ilmu tauhid atau teologi sebagai berikut iaitu Muhammad Abduh dalam bukunya: Risalah at-Tauhid berpendapat: asal makna tauhid adlah meyakinkan (mengi’tiqatkan) bahwa Allah adalah satu tidak syarikat bagi-Nya. 

Selain itu, A. R Sutan Masur berpendapat bahwa kata-kata tauhid merupakan bahasa Arab dalam bentuk bab tafi’I yang susunanya dari wahhada (menyatukan), yuwahhidu (akan tetap menyatukan) dan tauhidan (sungguh disatukan). Dengan demikian, tauhid ini harus berwujud berusaha menyatukan dengan arti yang tepat. Tauhid bukan menyatukan Tuhan dengan dari beberapa Tuhan, tetapi dimaksud ialah merebut hati, mempunyai i’tiqad bahwa Allah itu hanya satu. 

M. Thaib Thahir A. Mu’in pula menjelaskan tauhid ertinya mengetahui atau mengenal Allah Ta’ala, mengetahui dan meyakinkan Allah itu tunggal, tidak ada sekutu-Nya. 

 A. Hanafi pula berpendapat erti tauhid ialah percaya tentang wujud Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya, baik zat, sifat, maupun perbuatan-Nya; Yang mengutus utusan untuk memberi petunjuk kepada alam dan umat manusia kepada jalan kebaikan; yang meminta pertanggungjawaban seseorang di akhirat. 

ISTILAH

Istilah Tamadun

Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology itu al-umran dan al-hadarah dalam abad ke-14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. 

Sayyid Qutb pula berpendapat bahawa tamadun adalah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. 

Collingwood berkata tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi. 

Manakala Arnold Toynbee berpendapat tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat. 

Edward L. Farmer pula berkata tamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain. 

Istilah Tauhid

Dari segi istilah pula, tauhid diertikan dengan berbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang. 

Menurut Syeikh Muhammad Abduh mengatakan tauhid adalah suatu ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat yang wajib tetap padaNya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepadaNya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan padaNya. Tauhid Juga membahas tentang rasul-rasul Allah dan meyakinkan kerasulan mereka. 

Menurut Husain Affandi al-Jars mengatakan tauhid adalah ilmu yang membahas hal-hal yang menetapkan akidah agama dengan dalil-dalil yang meyakinkan. Prof. M. Thahir A. Muin pula mengatakan bahawa tauhid adalah ilmu yang meyelidiki dan membahas soal yang wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah dan bagi sekalian utusan-utusanNya, juga mengupas dalil-dalil yang menjadi bukti kepada akal fikiran sebagai alat untuk membuktikan adaNya zat yang wujud. 

Selain itu dari segi istilah, ilmu Tauhid itu ialah suatu cabang Ilmu Pengetahuan yang membahas masalah yang berhubungan dengan wujud Tuhan dan segala sifat-sifatNya, ada sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah, juga membahas masalah yang berhubungan dengan Rasul-rasul serta sifatnya. 

CIRI –CIRI TAMADUN ISLAM YANG BERTERASKAN TAUHID

Dalam tamadun Islam terdapat beberapa ciri keistimewaan yang mungkin mempunyai persamaan dengan tamadun lain, namun begitu yang paling istimewa mengenai Tamadun Islam ialah ciri ciri yang tiada pada tamadun lain iaitu bersifat ‘rabbani’ atau ketuhanan. Ciri-ciri khusus inilah yang membezakan antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain. Hal ini kerana ia menjelaskan bahawa konsep tauhid itu sendiri iaitu pengesaan kepada Allah, Oleh itu, segala amalan atau tindakan serta pengakuan secara lisan berlandaskan kepada agama. Konsep tauhid ini sebenarnya menterjemahkan keseluruhan tindak tanduk kehidupan termasuk sikap, emosi, perasaan atau minat iaitu kesukaan dan kebencian Tamadun Islam yang hanyalah berasaskan nilai syariat Allah swt semata-mata. Tauhid juga menghimpun seluruh cabang ilmu dan pencapaian manusia. 

Tamadun Islam yang berteraskan kepada tauhid yang juga bersifat rabbaniyyah ataupun ketuhanan ini dalam nilai, peraturan dan undang-undang, tindakkan amalan, pemikiran dan ideologi, reka cipta serta seni dan budaya manakala manusia ketika zaman itu melaksanakan segala arahan Allah swt dengan melakukan segala aktiviti ketamadunan yang sesuai dengan zaman. Selain itu, tamadun islam yang berteraskan tauhid meletakkan petunjuk Allah s. w. t sebagai sumber utama dan menjadikan Rasulullah s. a. w sebagai model dalam membina tamadun serta menjadikan sumber naqli iaitu al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber asas atau utama di samping tidak menafikan sumber aqli iaitu akal. Kedua-dua sumber ini merupakan inspirasi kepada pembentukan tamadun. 

Tamadun Islam yang bersifat rabbani ini memberi makna dan matlamat yang jelas bahawa tamadun yang dibina oleh umat Islam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menuju keredhaan Allah s. w. t untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat, bukan mencapai kesenangan dan keuntungan di dunia semata-mata atas nama kemajuan dan kemodenan. Justeru itu, masyarakat barat menolak agama dalam kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan kerana bagi mereka agama dianggap menyekat kemajuan dan kemodenan. 

Walaupun begitu, ciri ciri rabbani ini menunjukkan Tamadun Islam di dasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur’an. Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. 

Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam. Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap hubungan dengan Maha Pencipta. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan kekayaan. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain. 

Ciri-ciri lain seperti dari segi ibadah pula ialah manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata- mata beribadah kepada Allah s. w. t. dan itulah tujuan asal kehadiran mereka dibangunkan di muka bumi untuk mengikut perintah Allah s. w. t. Semua aktiviti manusia sama ada urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah dan juga membangunkan tamadun juga dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah swt. 

Dari segi syariah pula menunjukkan tamadun islamadalah tamadun yang berlandaskan kepada syarak. Syariah merupakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia untuk membawa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pengamalan syariah sesungguhnya mampu membentuk manusia berakhlak mulia dan manusia tersebut pula dapat melahirkan tamadun yang unggul. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai rujukan utama dalam memajukan tamadun. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith semata-semata. 

ASAS ASAS TAMADUN ISLAM YANG BERTERASKAN TAUHID

Bagi mencapai sesebuah tamadun ianya perlulah mempunyai asas dalam pembentukan tamadun. Hal ini kerana, asas-asas ini merupakan kepentingan di dalam sesebuah tamadun. Tamadun Islam dibentuk daripada berbagai corak dan rupa itu mempunyai asas-asas yang kukuh. Antara asas yang penting dalam pembentukan tamadun islam ini ialah akidah. Hal ni kerana akidah ialah kepercayaan seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah, kudrat dan iradat-Nya, tiada yang disembah selain-Nya. Apabila seseorang itu sudah beriman dengan Allah maka ia wajib mematuhi segalanya. 

Keyakinan individu terhadap akidah atau konsep tauhid inilah menyebabkan ia sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan dengan mengorbankan hartabenda juga jiwa raga semata-mata kerana Allah sebagai bukti ketakwaan. Daripada asas ini umat Islam telah bersatu dan berjaya membina tamadun yang tinggi bukan kerana mengejar harta kekayaan dan kesenangan hidup duniawi semata-mata atau kerana kepentingan golongan tertentu yang terdiri daripada pelbagai puak, bangsa dan keturunan. Tujuan utamanya ialah untuk menjalin hubungan di antara manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. 

Selain itu, akhlak merupakan perkara yang amat penting. Permulaan pembinaan tamadun haruslah berteraskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian. Tamadun yang lahir adalah dilengkapi oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang mulia maka hasilnya juga adalah mulia. Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, pemaaf, dan sebagainya dan semua sifat-sifat terpuji ini perlu ada kepada setiap umat Islam bagi membina sebuah tamadun islam yang sempurna. 

Selain itu, asas tamadun islam yang unggul ialah tamadun islam yang berlandaskan ilmu tauhid. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan tentang Allah s. w. t. , sifat-sifat yang wajib pada-Nya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-Nya, dan sifat-sifat yang sama sekali harus ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid bertujuan memantapkan keyakinan dan kepercayaan agama. 

Ilmu tauhid juga bermatlamat untuk menjaga kepercayaan dan mengukuhkan keimanan supaya tidak wujud sebarang keraguan dalam jiwa manusia. Sebagai contoh, umat islam wajib mempercayai Rukun Iman dalam islam. Islam menolak keimanan yang diasaskan atas ikutan semata-mata tanpa ilmu dan kefahaman yang menyokong keimanan tersebut. Di sinilah dapat dilihat hubung kait antara tauhid dan keperluan ilmu. Keimanan yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga ilmu tidak mungkin memberi manfaat tanpa dipandu oleh wahyu. Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang melonjakkan tamadun Islam dan menjadikannya tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada manusia. 

Di dalam ilmu tauhid setiap umat Islam yang beriman kepada Allah diwajibkan beriman kepada rukun-rukun iman iaitu beriman kepada Allah swt, beriman kepada Al-Quran, beriman kepada malaikat-malaikat, beriman kepada nabi dan rasul, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada dan qadar. Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah s. w. t dan mereka merupakan contoh makhluk yang sentiasa taat akan perintah Nya. 

Beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s. w. t dijadikan panduan manusia dalam memakmurkan tamadun islam yang merupakan garis panduan perintah suruhan dan larangan. Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran yang telah dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat. 

Keimanan kepada rasul-rasul juga merupakan perkara penting dalam pembangunann tamadun islam. Dengan keimanan, ianya menjadikan rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s. w. t. dalam membangunkan tamadun. Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s. a. w. adalah nabi dan rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh kepada manusia seluruhnya. 

Seterusnya, kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap umat Islam yang bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikirkan tentang hari pembalasan. Oleh itu, segala aktiviti yang dilakukan mestilah bermuhasabah dan diredhai oleh Allah s. w. t. kerana manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan kehendak hawa nafsu mereka. 

KESIMPULAN
Masyarakat bertamadun menurut Islam ialah masyarakat yang dibentuk berasaskan Islam sebagai al-Din berteraskan kepada akidah, syariah dan akhlak. Masyarakat yang benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di bumi dan menumpukan sepenuh pengabdian kepada Allah swt. Masyarakat yang menghayati syariah dan undang-undang dalam segenap kehidupan dan menolak undang-undang dan sistem selain undang-undang Allah. 

Membina kehidupan di atas nilai-nilai moral yang ditentukan Allah dan mengambil manfaat daripada peraturan alam dengan menggunakanya untuk memajukan kehidupan manusia. Tamadun Islam memberi penekanan kepada akhlak, rohani dan jasmani secara seimbang dan sepadu. Penekanannya bersifat komprehensif. Pembangunan sesebuah tamadun memerlukan alat untuk menyempurnakan tuntutan keagamaan dan kerohanian. Islam menolak mana-mana tamadun yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata. Menurut Islam, tamadun yang berasaskan kebendaan tanpa diimbangi dengan keutuhan spritual sebagai tamadun jahiliyah yang akibatnya membawa kepada kerosakan. 

Nilai kepercayaan ialah mempercayai keesaan Allah. Nilai keimanan terhadap Allah menjadi asas motivasi yang menggerakkan seseorang muslim ke arah membangunkan tamadun islam yang bersifat sempurna dan unggul. Pada waktu yang sama ia berfungsi sebagai hamba yang taat kepada Allah dan berjihad ke jalan-Nya serta kuat berusaha meraih segala peluang kebaikan yang diredhai oleh Tuhannya. Nilai kepercayaan merupakan aspek asasi dalam tamadun Islam dan juga dalam ajaran Islam. Kekuatan sesebuah tamadun itu terletak pada aspek ini. 

RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia
Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. (ed.). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Wan Kamariah Lemah (et. al). 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam: Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd
Azam Hamzah dan Zulekha Yusoff. 1990. Tamadun Islam: Konsep Pencapaiannya. Selangor: Academe Art Printing Services Sdn. Bhd

Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment