Sunday, October 18, 2015

Tajuk: Pengaruh Islam Dalam Pendidikan Di Alam Melayu

PENDAHULUAN
Pembentukan sebuah tamadun bukan sekadar dilihat kepada pegangan agama masyarakat dalam tamadun tersebut, malah ia juga boleh dikenali melalui bangsa yang menggerakkan tamadun tersebut. Alam Melayu dikenali dengan panggila Nusantara. Penggunaan nama Melayu idkatakan telah muncul sekitar abad ke 17 Masihi. Masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan primitif iaitu yang pertama, percaya kepada anamisme dan dianamisme. Animismeialah percaya wujudnya roh dan jiwa yang boleh menguasai manusia. Manakala dianamisme pula ialah percaya bahawa alam mempunyai semangat yang dianggap berkuasa kepada manusia.

Kepercayaan kedua ialah kepercayaan dari pengaruh luar iaitu Hindu-Buddha. Kedatangan agama ini menjadikan upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Kepercayaan ini hanya mementingkan perkara-perkara yang berkaitan dengan upacara agama sahaja. Di samping itu ajaran ini membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan mempengaruhi masyarakat Melayu. Ajaran ini bercorak mitos dan legenda, dipengaruhi ajaran kitab-kitab suci agama hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita, dan Baratayudha. Melalui kepercayaan ini wujudlah sistem “feudal” dimana sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam system sosial masyarakat Melayu.

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga. (riwayat muslim)

TAKRIF

Sabda Rasullullah s.a.w: Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga (riwayat muslim).

Masyarakat di Alam Melayu secara umumnya telah menganggap bahawa status dan kedudukan ilmu serta ilmuan amat penting bagi mereka. Semua ini muncul setelah masyarakat Alam Melayu menganut dan mengamalkan Islam dalam system hidup mereka. Lahirnya “Melayu Baru” bererti terbinanya watak melayu yang berasakan nilai-nilai baru Islam. Kini al-Quran, sirah nabawi dan kisah-kisah hidup peribadi mulia dalam sejarah Islam menjadi sumber inspirasi dan panduan.“Melayu Baru” sebagai Melayu yang mengalami proses pembaharuan komitmen, kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran dan nilai-nilai Islam dalam bentuknya yang asli, murni dan segar.

Manusia membentuk kebudayaan dan tamadun mereka tetapi terasnya adalah agama yang datangnya daripada Allah Subhanahu wa ta’ala, Tuhan Yang Maha Esa. Setelah kedatangan Islam, maka para ilmuan dan ulama menjadi tempat rujukan; sebagai pengganti tempat atau peranan pawang, bomoh dan ahli nujum sebelum kedatangan Islam. Ilmu adalah perkara pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.

Firman Allah yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dalam surah al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

ISTILAH
Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya mudah menerima istilah-istilah Arab dalam kehidupan seharian mereka.Jika perbendaharaan kata dan istilah Arab mudah diterima, diguna pakai dan dijadikan sebahagian daripada bahasa Melayu sejak berzaman maka sudah tentu masyarakat Melayu sekarang mudah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Melaka berasal daripada bahasa arab ‘Mulaqat’iaitu membawa maksud tempat pertemuan manakala perkataan arab ‘Mulq’ atau ‘Mulqa’ juga membawa erti tempat pertemuan.

 Istilah atau perkataan bahasa Melayu berasal daripada Bahasa Arab contohnya ikhtisas, kanun, kalam, kerusi, adil, zalim, tabib, ilmu, dan banyak lagi.
Perkataan sastera berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu bermaksud kata-kata yang indah.

Perkataan adab berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud keindahan bahasa. Perkataan lebai berasal daripada Bahasa India telah digunakan dalam masyarakat Melayu yang asalnya perkataan ‘labbaygon’. Perkataan ini biasanya digunakan oleh orang India yang menjaja batu permata dan memakai songkok putih.

CIRI-CIRI
Menuntut ilmu adalah taqwa, menyampaikan ilmu adalah ibadat, mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad. (Imam Al-Ghazali)

Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yang berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.

Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kepada kaum lelaki dan wanita.

Sistem pendidikan tidak formal :
• Pengalaman, pemerhatian dan latihan :
Ilmu diturunkan melalui prosespengalaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung.
Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

• Pendidikan agama (di rumah guru, surau) :
Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam searah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk memepelajari agama.

Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi

Asas sembahyang, ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu.

Di Filiphina, kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di Surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau di rumah guru agama.

Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan

• Institusi pondok :

Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif.

Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.

Kokurikulum menghafaz Al-Quran, ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith, tasawufdan mantiq. lepasan sekolah pondok – belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengaar di pondok.

Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid, rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama.

Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.

• Sistem pendidikan madrasah :
Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrsah. Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.

Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura, madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.

• Pengajian Islam di istana :
Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu spt Sejarah Melayu.

Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Sultan Alauddin, Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasauf,

• Peranan masjid :
Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu, seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mempelajari agama.

• Baiturrahman :
Acheh : Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-Quran, falfasah, mantik dan sejarah

• Tiga Balai Pendidikan di Acheh :
Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu pengetahuan Islam di negara mereka. Contoh, Sultan Iskandar Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan yang dikenali sebagai Tiga Balai Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama dan Balai Himpunan Ulama.

Balai Setia Hukum –tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai agama untuk membahaskan isu-isu berkaitan agama.

Balai Setia Ulama untuk menyelesaikan masalah mengenai pendidikan.
Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para ulama, ahli fakir bertukar pendapat, mengadakan ceramah agama dan menyelesaikan masalah agama.

ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35, 000 tahun yang lalu.

Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11, 000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5, 000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2, 500 tahun dahulu.

Contoh penempatan manusia yang dijumpai pd zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah).

Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.

Selain daripada sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu.

Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.

TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu tersebut.

Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain.

Pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia yang mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dalam kehidupan mereka.

Kepercayaan ini telah membawa kepada lahirnya adat dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Umumnya pandangan semesta masyarakat melayu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

i. zaman pra-Islam:
Bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’

ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun.

Telah menyerap ke dalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama di kalangan golongan pemerintah & bangsawan.

Memberi kesan mendalam dalam sistem sosial masyarakat melayu seperti sistem kasta yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.

iii. Zaman kedatangan Islam:

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.

Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.

PEMBINAAN TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
Islam datang ke wilayah Nusantara pd abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 masihi.
Proses Islamisasi telah berlaku dengan pesat & antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dll.

Agama Islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu:

i. Islam datang dari Tanah Arab

Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang pada kurun ke- 7 masihi.

Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.

ii. Islam Datang Dari India
Teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh Snouk Hurgronje & J.P Moquette.

Berdasarkan kepada bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.

iii. Islam Datang Dari China

Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan Batu-batu bersurat di sekitar wilayah Nusantara seperti batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.

KESIMPULAN
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.

Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalan¬amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur¬ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.

Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum itu.Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan. Banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan. Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira.

RUJUKAN
1. Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.
2. Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM.
4. Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia(2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment