Thursday, October 15, 2015

Tajuk: Sejarah Sains Dan Teknologi Di Zaman Rasulullah

PENDAHULUAN
Era ini amat penting dalam konteks tercetusnya budaya ilmu Islam yang ditayangkan melalui gagasan Iqra’ yang ditiupkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Sejarah telah memainkan peranan penting dalam proses kajian ke atas kehidupan manusia. 

Dalam Islam, al-Quran merupakan sumber sejarah utama dalam membenarkan sesuatu fakta sejarah antaranya tentang sains dan teknologi. Dalam perkembangan teknologi, tidak terlepas dari adanya perkembangan sains. Adapun yang menjadi tujuan dari penciptaan teknologi adalah supaya mempermudahkan urusan manusia dalam memnuhi keperluan seharian. 

Perubahan kemajuan teknologi dari masa ke semasa merupakan bukti yang nyata tentang kemajuan pemikiran manusia. Teknologi yang pada zaman sekarang terhasil daripada teknologi-teknolpgi terdahulu yang telah diperbaharui serta ditingkatkan kualiti sesuatu teknologi tersebut. Kemajuan teknologi dunia Islam tidak terlepas dari pengaruh nabi-nabi yang pernah menjadi khalifah di muka bumi ini. 

BIOGRAFI RASULULLAH Sallallahu ‘alaih wa sallam 
Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April571 Masihi, dikenali sebagai tahun Gajah bersempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah. Beliau dilahirkan di rumah Abu Talib, di Mekah al-Mukarramah. 

Nama bapa beliau ialah Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim. Pengasuh pertama beliau adalah, Barakah Al-Habasyiyyah dan digelar sebagai Ummu Aiman yang merupakan hamba perempuan bapa Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam. 

Ibu susuannya yang pertama ialah Thuwaibah iaitu hamba perempuan Abu Lahab. Ibu susuannya yang kedua ialah Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah dan lebih dikenali sebagai Halimah As-Saadiah. 

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam mendapat gelaran Al-Amin kerana sifatnya yang jujur dan amanah dari segi pertuturannya mahupun perbuatannya. Antara gelaran beliau yang lain ialah, Hasyimi, Abthani, Aziz, Harish ‘alaikum, Rauf, Rahim, Thaha, Mujtaba, Thasin, Murtadha, Hamim, Musthafa, dan Yasin,

TAKRIFAN SAINS

Sains berasal dari bahasa latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan. Berdasarkan webster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. 
Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. Pengertian sains juga merujuk kepada hirarki pengetahuan yang seseorang peroleh melalui cara tersebut atau bahasa yanglebih sederhana, sains adalah cara ilmu pengetahuan yang didapatkan dengan menggunakan kaedah yang tertentu. Sains adalah ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperolehi serta dibuktikan melalui kaedah saintifik. 

TAKRIFAN TEKNOLOGI

Dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". 

Dari segi istilah, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antara takrifannya, ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. 

SAINS PADA ZAMAN RASULULLAH

Kepakaran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam sains perubatan dirakamkan oleh Ibn al-Qayyim, Imam al-Bukhari dan Jaafar al-Sadiq dalam karya-karya mengenai “al-Tibb al-Nabiyy” Sallallahu ‘alaih wa sallam. Kemahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam bidang ketatanegaraan, pentadbiran, organisasi dan peperangan yang turut menjayakan misi kerasulannya pada abad ke 7 M. Profesor S. H. Nasr menyatakan bahawa benih spiritual yang ditanam oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam sejak abad pertama Islam telah membuahkan kesan zahir dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke 4 dan ke 5 Islam. Nabi Muhammad juga pakar dalam bidang Geologi dan perubatan

HADIS-HADIS RASULULLAH

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah. ” (Riwayat Muslim)

Kata Al-Imam Nawawi : “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya.. ” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair). 

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda: “Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. 

Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam , lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim). 

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : “sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan pada hari itu”

Terdapat banyak khasiat kurma disebut dalam Al-Quran


Disebut dalam al-Quran tentang khasiat madu
TEKNOLOGI PADA ZAMAN RASULULLAH

 Pembinaan Masjid Quba’ merupakan asas dan tunjang kepada kekuatan dan keteguhan umat-umat Islam. Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam yang dibina oleh Baginda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam tiba, ini bermakna sehingga hari ini (1432 H) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1432 tahun Hijrah. 

Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. batu asas pertamanya yang di laksankan oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Masjid Quba di bina oleh Baginda Sallallahu ‘alaih wa sallam dengan Hadzrat Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar. 

Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah Subhanahu wa ta’ala . menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah. 

Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala . yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan bumi. ”

Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewujudan Kaabah padanya. 

Mujahid r. hm. :“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala . telah menjadikan tapak rumah ini (Kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh. ”
Pembinaan Kaabah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dengan dalil yang terang dan jelas dan sebahagiannya pula hanya berdasarkan catatan ahli sejarah. Pembinaan yang melibatkan Rasulullah bermula kerana Kaabah runtuh ketika dilanda banjir. Semasa pembinaan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . menyertainya dengan mengangkat batu bata untuk binaan Kaabah. Pada waktu itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . berumur 35 tahun. Setiap kabilah diberikan satu bahagian daripada penjuru Kaabah. 

Apabila tiba masa untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula berbantah. Setiap kabilah mendakwa mereka lebih berhak meletakkannya sehingga sebahagiannya bersumpah untuk berperang sekiranya mereka tidak dapat meletakkannya. Puak Quraisy menangguhkan pembinaan selama empat atau lima hari. Kemudian mereka berkumpul di masjid dan bermesyuarat. 
Orang yang paling tua dalam kalangan Quraisy iaitu Abu Umayyah Huzaifah bin al-Mughirah al-Makhzumi berkata: “Orang yang akan memustuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid dari pintu Bani Syaibah”. Mereka pun bersetuju di atas perkara tersebut. Orang yang pertama memasuki pintu tersebut ialah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Setelah melihatnya mereka pun bersetuju untuk menjadikan Baginda hakim dan mereka memberitahu masalah tersebut kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam . yang pada ketika itu berumur 35 tahun, dan terkenal dengan gelaran “al-Amin”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajarulaswad di atasnya. Kemudian Baginda mengarahkan setiap kabilah melantik seorang wakil untuk mengangkatnya hingga ke tempatnya. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam . mengambilnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkan Hajarulaswad di tempatnya. 

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam terlibat secara langsung dalam penggalian parit ketika perang Khandaq. 

KESIMPULAN

Secara umumnya, tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Teknologi muncul di dunia Islam dan dapat diaplikasikan pada zaman millenium ini. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. 
Teknologi dunia Islam sudah berkembang dari manusia pertama dan terus mengalami penambah-baikkan dari zaman ke zaman. Kemajuan teknologi pada zaman sekarang sangat erat kaitannya dengan teknologi masa lampau. Namun begitu, teknologi yang sedia ada mestilah digunakan sebaik-baik yang mungkin dan mengelak daripada penyalahgunaan teknologi yang serba canggih ini. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment