Monday, October 12, 2015

Sejarah Sains Dan Teknologi Ketenteraan Di Dalam Al-Quran

Oleh:Azizah Binti Mohd Shukri

2.PENDAHULUAN

Islam telah dianggap oleh pihak Barat sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang. Anggapan yang keliru dan mengelirukan serta mengandungi unsur-unsur prejudis ini telah lama dicanang oleh musuh-musuh Islam dan ianya diterima oleh kebanyakan orang. Walau bagaimanapun hakikat Islam sebagai ad-din yang membawa gagasan rahmat dan keselamatan sejagat masih tetap asli. Dari itu ajaran Islam dan sirah Rasulullah SAW merupakan pembawa dan penyampai risalah Islam. Ketenteraan atau tentera adalah satu kumpulan profesional yang perlu dimiliki oleh sesebuah negara. Tentera terdiri daripada satu kumpulan yang berorganisasi dan terurus yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala bentuk situasi kritikal khususnya perangan.Tentera merupakan satu ikatan persaudaraan dan perikatan sekali gus alat kekuasaan dan birokrasi.

Allah SWT telah memerintahkan umat Islam supaya membuat persiapan dan membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Hal Ini seperti mana firman Allah S.A.W yang bermaksud:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan.Dengan persediaan itu, musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Maka apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

Berdasarkan ayat tersebut, untuk menghadapi semua keadaan ini, kita perlu kepada kekuatan tentera yang kuat agar kita tidak boleh dipandang remeh dan rendah oleh pihak musuh. Sumbangan ketenteraan amat besar ertinya kepada agama, bangsa dan tanah air. Kekuatan Islam pada abad yang lampau telah mendekatkan kita kepada Islam. Oleh itu, tentera kita perlu mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan kewajipan agama, menunaikan solat ada waktunya serta makan dan minum sesuatu yang dihalalkan oleh Allah agar segala amalan mereka diterima Allah dan disanjung tinggi oleh manusia. Demikian, sesuatu yang telah tersirat dari sepotong ayat al-Quran, maksudnya:

“Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan”.

Secara umumnya, ketenteraan adalah sesuatu yang dipandang mulia oleh Islam bahkan satu penghormatan yang tinggi terhadap orang-orang yang melibatkan secara langsung dengan tugas-tugas ketenteraan. Orang-orang yang gugur di medan peperangan atau tugas yang telah diamanahkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara dikalungkan sebagai ‘syuhada’ jauh lebih bernilai daripada penghargaan yang diberikan di dunia ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagi syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid”

Sehubungan dengan itu, orang-orang yang berjuang pada jalan Allah Taala dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan keredaan Allah akan tetap mendapat ganjaran besar seperti mana yang Allah telah janjikan melalui firmannya, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.

3.1 Struktur Dan Organisasi Ketenteraan Islam Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Sehingga Zaman Abbasiyah

Struktur dan organisasi ketenteraan berbeza mengikut zaman.Perbezaan itu dapat dilihat dari segi jenis-jenis tentera, komposisi, strategi peperangan, dan sebagainya.Namun demikian struktur dan organisasi ketenteraan penting demi mencapai matlamat dan kekukuhan politik negara.

Dari segi komposisi tentera, pada peringkat awalnya jumlah tentera Islam yang dipimpin oleh nabi Muhammad tidak ramai jumlahnya. Misalnya dalam Perang Badar, tentera Islam hanya 313 orang dan jumlah ini meningkat kepada 3 0000 orang semasa Perang Khandak. Jumlah tentera Islam dalam Perang Hunain dan Taif ialah 10 000 orang. Jumlah tentera Islam semakin bertambah ketika Perang Tabuk iaitu seramai 30 000 orang.

Pada peringkat awal, tentera Islam hanya bergiat aktif di darat sahaja. Khalifah Umar mula meneroka jalan laut dalam ekspedisi peperangannya. Namun demikian tentera Islam tidak begitu mahir dalam peperangan di laut. Ini jelas apabila tentera Islam telah tewas dalam perang di Tawas yang mengorbankan banyak nyawa. Tentera laut juga ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Kejayaan tentera Islam boleh dilihat semasa Muawiyah memerintah. Beliau telah melancarkan 50 ekspedisi ketenteraan menentang Byzantine dan berjaya menakluk Pulau Cyprus pada 28 Hijrah. Pada zaman al-Walid, tentera laut Islam telah berjaya menguasai semua kawasan Laut Maditerranean.

Pada masa ini tentera laut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kapal-kapal besar digunakan di kawasan Laut Mediterranean, manakala kapal-kapal yang lebih kecil digunakan di Laut Merah dan Laut India. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dalam kerajaan Bani Abbasiyah, tentera lautnya berjaya menakluki semula kawasan seperti Rhodes, Cyprus, dan Crete. Ketika zaman al-Makmun, tentera lautnya berjaya menakluki Pulau Sicily dan kawasan pantai Itali.

Perjuangan tentera Islam pada zaman nabi Muhammad lebih kepada perjuangan menuntut keredaan Allah. Perjuangan mereka ini amat tinggi demi mempertahankan agama dan tidak dibayar gaji. Hanya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pembayaran gaji telah diperkenalkan setelah penubuhan Diwan Tentera. Dibawah skim gaji ini, lelaki Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak dua hingga lima ribu dirham setahun. Pembayaran gaji kepada golongan tentera veteran pula sebanyak 2000 dirham. Tentera Junior dibayar gaji sebanyak 1500 hingga 2000 dirham setahun.

Pembayaran gaji pada zaman Bani Umaiyah, secara puratanya 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga. Semasa pemerintahan Yazid, beliau membayar 100 dirham sebagai elaun tambahan. Semasa kerajaan Bani Abbasiyah, gaji yang mereka terima sebanyak 800 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki. Tentera berkuda diberi gaji sekali ganda elaun tentera berjalan kaki. Ini disebabkan mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

Alat atau senjata yang digunakan dalam peperangan ialah tombak, panah, pedang, manjaniq, dabbabah. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat juga merupakan senjata seperti yang berlaku dalam Perang Khandak. Jika berlaku penyerangan secara mengejut, tentera kuda digunakan kerana kuda lebih tangkas.

Dari segi penyusunan tentera, system berbaris diperkenalkan oleh nabi Muhammad. Setiap barisan mengandungi seramai 100 hingga 1000 orang tentera bergantung pada jumlah tentera misalnya dalam Perang Badar jumlah tenteranya seramai 313 orang dibahagikan kepada dua barisan iaitu barisan hadapan yang bersenjatakan tombak atau panah dan barisan belakang yang bersenjatakan tombak dan perisai. Pada zaman Ali bin Abi Talib, system Kurdus digunakan iaitu setiap kurdus mengandungi sejumlah 300 hingga 600 orang. System berbaris dan kurdus terus digunakan sehingga zaman Abbasiyah. Pada zaman Umaiyah, setiap 50 hingga 100 orang tentera diketuai oleh al-naib. Jika jumlah tentera seramai 1000 orang pula ia diketuai oleh komander (al-amir)

Pada zaman Abbasiyah, tentera Islam dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda, tentera berjalan kaki, tentera penembak, tentera memanah dan tentera bola api. Kebanyakan tentera ini berkhidmat secara tetap dan ada juga menjadi sukarelawan.

3.2 Jenis dan Gaji Tentera:

Terdapat beberapa jenis tentera antaranya, tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.Seterusnya tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.

Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera pada tahun 20H. Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham setahun.Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.
 Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

3.3 Alat-alat teknologi ketenteraan moden zaman khalifah.

1. Manjaniq (Swing-beam)

Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Salman Al-Farisi yakni seorang warga Parsi yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW adalah orang pertama yang mencipta senjata ini atas perintah Nabi SAW. Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dikendalikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga ujung yang lain berayun sangat kuat.

Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam. Bangsa Avar pernah menggunakannya pada penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Bahkan mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M. Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah.

“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng Thaif, ” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekelompok sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah, lalu mereka berusaha masuk ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka bisa membakar pintu benteng. Bani Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.”

Atas cadangan Salman ini, Rasulullah SAW terus mengangkatnya sebagai mudir untuk mengelola industri ketenteraan dan memproduksi manjaniq untuk memperkukuhkan kekuatan pasukan artileri yang dipersiapkan untuk terjun ke medan tempur.

2. Pedang Damaskus (Sword of Damascus)

Pedang ini dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, lentur, ringan, dan mampu menembus baju zirah, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah. Pedang ini dihasilkan di Damaskus pada abad ke-12 M. Eropah cuba menghasilkan alat yang serupa dengannya, namun hingga kini masih belum mampu meniru sepenuhnya. Bahkan dengan teknologi metalurgi sekalipun Eropah mereka masih belum mampu mencipta senjata yang memiliki ketajaman yang Sama dengan Pedang Damaskus ini.

Pedang yang pernah menimbulkan rasa gentar para tentera Salib ini, memiliki suatu lapisan kaca di permukaannya. Sutra terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang yang lain turut menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tiada pihak yang menjangkakan bahawa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.

Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa tandingan ini. John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi moden dari Iowa State University yang bekerjasama dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, telah mencuba membuat pedang ini selama bertahun-tahun. Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan baja yang membentuk pola mirip aliran air yang dikenali sebagai Multi Walled Carbon Nano Tube, barulah diketahui rahsia di sebalik kehebatan pedang damaskus ini.

3. Teknologi Pembuatan Mesiu (Gunpowder)

Kaum Muslim tidak hanya menguasai dalam seni membuat pedang, tetapi mereka juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan mesiu. Walaupun pembuatan mesiu pertama kali ditemukan di Cina yang digunakan sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia Muslim Khalid bin Yazzid telah mengenal lebih dulu potassium nitrat (KNO3), bahan utama pembuat mesiu.

Eropa baru mengenali mesiu setelah dibawa oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M, dan selanjutnya dikembangkan menjadi bahan peledak, misalnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad setelahnya disempurnakan menjadi senjata api. Sebelum Eropah mengembangkan teknologi pembuatan mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim terlebih dahulu mencubanya. Ramai ilmuwan Mulim yang menguasai teknik pemurnian potassium, sebuah teknik yang tidak diketahui oleh orang-orang Cina. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu Bakar Al-Razi (wafat tahun 932) dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium mampu digunakan sebagai bahan peledak.

Pemurnian potassium ini pernah didakwa Barat sebagai hasil penemuan oleh Roger Bacon. Namun dakwaan ini dipatahkan sendiri oleh ilmuwan Barat lainnya seperti Partington. Hasan Al-Rammah telah menjelaskan proses ini secara terperinci di dalam karyanya yang bertajuk Al-Furusiyyah WA Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan bubuk mesiu sangat luar biasa. Beliau telah berjaya menulis sebanyak 107 rumus atau 'cara kerja' penggunaan mesiu. 22 teknik di antaranya direka khusus untuk membuat roket.

Ketika Perang Salib meletus pada tahun 1249 M, Raja Louis IX dan pasukannya pernah merasakan kehebatan moncong meriam dan roket kaum Muslim. Betapa hebatnya kesan yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat Raja Louis IX mengalami kekalahan dan akhirnya berjaya ditakluk. Peristiwa itu diakui sendiri oleh Jean de Joinville, salah seorang perwira tentara Perang Salib.

4. The Mohammed’s Al-Fatih Greats Gun

Inilah salah satu senjata paling fenomenal yang digunakan dalam perang paling menakjubkan dalam sejarah. The Mohammed’s Greats Gun, itulah sebutan pada senjata yang dicipta pada tahun 1942 ini. Meriam ini dibuat sebagai jawapan atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan Kostantinopel.

 “Aku mampu membina meriam tembaga dengan saiz seperti yang kamu inginkan, ” kata Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-, “Aku telah mengamati secara teliti tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya memporakberandakan tembok itu dengan senjataku. Bahkan, tembok Babylon pun akan hancur karananya.”

Hal ini disambut gembira oleh Muhammad Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang tertakluknya Konstantinopel) sudah di depan mata. Maka projek tersebut dijalankan. Dan senjata terbesar di dunia yang pernah wujud pada waktu itu, akhirnya berada dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Memiliki panjang 8, 2 meter, diameter 76 cm, dengan berat 18, 2 ton, meriam ini sanggup melontarkan bola besi padat berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1, 6 km.

5. Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di Oklo, Republik Gabon

Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar biasa yang memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang berikut sebuah perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon, Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir serupa.

Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi selama 500 ribu tahun lamanya.

Kejutan demi kejutan ditemui dan yang paling mengejutkan apabila sisa buangan reactor nuclear yang dibuang tidak tersebar luas, kesan radioa aktifnya lebih kurang sekitar 40 meter dari kawasan buangan sisa nuclear, jika kita lihat teknologi pemusnahan sisa reactor nuclear ini jauh lebih hebat berbanding sekarang dan ketika ini kita sibuk membincangkan menangani isu pembuangan sisa nuclear. Ternyata mereka telah maju dan lebih maju dari kita dalam teknologi nuclear dan mengatasi sisa pembuangan loji reactor nuclear. Mereka memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin tanpa berlaku pencemaran dari sisa nuclear yang telah digunakan.

Loji uranium di Oklo telah pun dibangunkan kira-kira dua juta tahun yang lalu, setelah terdapat bukti dari pada data geologi reactor nuclear kemudian telah pun dibangunkan. Hasil kajian para pengkaji mereka sebulat suara mengakui bahawa ini adalah sebuah reactor nuclear kuno, yang mengubah teknik pengunaan bahan nuklear selama ini, secara tidak langsung telah pun memberikan kita teknik bagaimana untuk mengatasi sisa pembuangan nuclear. Hal ini juga telah menghambat para ilmuan untuk lebih serius dalam mempelajari peradaban prasejarah, dengan kata lain sejak zaman pra sejarah mereka telah maju didalam pembangunan dan teknologi nuclear.

Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan teknologi atom oleh manusia selepas zaman pra sejarah masih lagi baru, ianya sekitar beberapa puluh tahun yang lalu. Tetepi dengan adanya penemuan ini fakta itu tidak tetap dan sekaligus menerangkan bahwa pada dua juta tahun yang lampau manusia sudah pun memiliki sebuah teknologi yang peradabannya melebihi kita kini, serta lebih maju di dalam teknik penggunaan dan pengolahannya. Hal yang patut membuat kita merenung sedalam-dalamnya ialah mengapa manusia zaman prasejarah yang memiliki sebuah teknologi maju tidak dapat mewariskan teknologinya, malah hilang tanpa sebab, yang tinggal hanyalah sedikit kesan lalu. Maka bagaimanakah kita harus meniliti kesemua penemuan ini?

Permulaan sebelum dua juta tahun yang lalu hingga satu juta tahun dari peradaban manusia sekarang ini telah terdapat peradaban manusia. Dalam masa-masa yang sangat lama ini terdapat berapa banyak peradaban yang menuju ke binasaan? Jika kita abaikan terhadap semua peninggalan-peninggalan peradaban prasejarah ini, sudah tentu kita tidak akan mempelajarinya secara mendalam, apalagi menelusuri bahawa mengapa tidak ada kesinambungannya, lebih-lebih lagi untuk mengetahui penyebab dari musnahnya sebuah peradaban itu dan apakah perkembangan dari ilmu pengetahuan dan teknologi kita sekarang akan mengulangi kemusnahan beberapa peradaban yang lalu?. Betulkah penemuan ini, serta mengapa penemuan-penemuan peradaban prasejarah ini dengan teknologi manusia masa kini hampir serupa dan mungkin mereka lebih maju dari pada kita? Semua masalah ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:‘Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain’. Qs.Al-An'am: 6

3.4 Funsi-fungsi ketenteraan

Terdapat beberapa fungsi ketenteraann dalam menjaga keamanan negara. Antaranya ialah mempertahankan negara daripada dikuasai oleh penjajah. Matlamat utama penjajah ialah untuk menghapuskan umat Islam daripada hidup aman dan damai. Maka, mereka merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan umat Islam.Setelah mereka dapat menakluk sesebuah negara, penjajah terus meletak negara tersebut di bawah pemerintahan mereka sendiri. Sebagai contoh, negara jajahan dibuka seluas- luasnya untuk rakyat Eropah dan menggalakkan perpindahan rakyat Eropah ke negara jajahan secara besar- besaran tanpa sebarang sekatan. Rakyat pribumi pula tidak dibenarkan mengambil tahu atau mengambil bahagian dalam pentadbiran dan undang- undang. Hak asasi peribumi juga turut dinafikan seakan-akan mereka adalah pendatang.

Selain itu, sistem ketenteraan ditubuhkan bagi menetang musuh. Meskipun tentera Islam diberi peluang untuk menetang musuh tetapi mereka tidak boleh menetang mengikut hawa nafsu. Tentera Islam dilarang melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh seperti tentera tidak boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh seperti mana yang telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang Uhud. Tentera Islam wajib mematuhi sebarang perjanjian damai yang dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yang dimenterai pada 6H telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan kepad musuh.Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.Hubungan yang baik dengan musuh memudahkan tentera Islam untuk menentang musuh.

Di samping itu, sistem ketenteraan juga diadakan untuk menghadapi sebarang keadaan darurat. Semasa pihak musuh dapat menguasai kawasan penempatan umat Islam, pelbagai ancaman, seksaan dan ugutan yang dilakukan oleh pihak musuh terhadap umat Islam. Antaranya, wanita dan bayi perempuan diseksa hidup-hidup sampai mati. Umat Islam pada masa itu terpaksa hidup dalam keadaan kebuluran. Mereka hidup dalam keadaan berpindah-randah tanpa ada hala tujuan. Oleh sebab itu, bagi mengembalikan keamanan dan kedamaian dalam hidup umat Islam, pihak tentera yang dilatih haruslah bersedia bagi menghadapi sebarang keadaan darurat.

3.5 Strategi Tentera IslamDalam Menentang Musuh

Terdapat beberapa strategi yang memberi kekuatan kepada tentera Islam bagi menentang musuh. Antaranya, tentera Islam diajar untuk menghormati kehidupan alam sekitar. Mereka dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung Kota Taif iaitu harta musuh Islam langsung tidak diusik. Tentera Islam juga tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

 Selain itu, tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yang baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu teknik berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi. Sebagai contoh, dalam Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh yang ditawan dibunuh sahaja tetapi Rasulullah tidak menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan teknik diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan iaitu dengan mengajar ilmu pengetahuan kepad kanak-kanak Madinah atau menebus diri dengan sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata telah berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.

Di samping itu, tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kepada ketua dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dengan keizinan ketua dan mereka dibenarkan melakukan helah dalam peperangan kerana perbuatan itu termasuk dalam strategi menentang musuh. Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT di dalam al-Quran. Harta-harta yang diperolehi dalam peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW tetapi mesti diagihkan secara sama rata dalam kalangan tentera yang terlibat dalam peperangan tersebut.

3.6 Faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan

Terdapat beberapa faktor yang memberi kemenangan kepada tentera Islam. Antaranya ialah mempunyai pemimpin yang berkaliber. Pemimpin haruslah sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan anak buahnya. Pemimpin haruslah mempunyai peranan penting di tengah-tengah masyarakat. Mereka harus mampu membina sekaligus menjadi pelindung bagi umat. Hal yang paling mendasar adalah seorang pemimpin harus taat kepada Allah SWT dan Rasulnya. Seorang pemimpin yang menjalankan tugasnya dan melindungi rakyat kerana Allah swt wajib dipatuhi kaum Muslim. Dalam hal ini, sebagaimana diriwayatkan Bukhari dalam kitab al-jihad dan Muslim dalam al-‘Imarah, Rasulullah saw bersabda, ertinya:

“Barang siapa mentaatiku, sesungguhnya Ia telah mentaati Allah swt. Barang siapa menderhakaiku, sesungguhnya Ia telah menderhakai Allaj swt. Barang siapa yang mentaati pemimpin (yang diredhai Allah swt), bererti Ia telah mentaatiku. Dan barang siapa menderhakai pemimpin (seperti itu), sesungguhnya Ia telah menderhakaiku.

Selain itu, keimanan dan semangat jihad yang tinggi. Perkataan Jihad ialah kata terbitan daripada Jaahada (Jim Alif Ha Dal) bererti berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut istilah syarak, jihad ialah usaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam.

Perkataan jihad digunakan di dalam al-Quran dan al-Hadith dengan beberapa pengertian antaranya ialah berperang.

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah maha mengetahui orang-orang yang bertaqwa”. (Surah At-Taubah: Ayat 44)

Selain itu, menentang musyrikin dengan apa-apa kemampuan. Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu”. (Riwayat Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim)

Ini jelas menunjukkan bahawa jihad merupakan salah satu teknik dalam melaksanakan misi dakwah. Oleh kerana itu, sebelum melancarkan jihad ke sesebuah negara bukan Islam, pihak Islam mestilah menggunakan teknik dakwah sebagai pilihan pertama. Seandainya pemerintah negara kafir itu menghalang perjalanan dakwah Islam, dia hendaklah diberi pilihan kedua iaitu bernaung di bawah kekuasaan negara Islam. Seandainya dia enggan maka ketika itu barulah jihad dilancarkan. Begitulah yang terkandung dalam kitab-kitab Fiqh Islam.

Di samping itu, peralatan ketenteraan yang canggih memberi kekuatan kepada para tentera untuk menentang musuh. Peralatan ketenteraan yang canggih dapat menggerunkan pihak musuh. Tentera Islam lebih bersemangat untuk menentang musuh. Antara alat-alat yang digunakan pada zaman dahulu untuk menentang musuh ialah alatan senjata yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api ketika zaman Rasulullah dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti tombak, panah, pedang, manjaniq dan dabbabah. Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.

3.7 Faktorkekalahan tentera Islam.

Terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkantentera umat Islam kalah dalam peperangan. Antaranya, ialah kepimpinan yang lemah. Serangan- serangan yang diterima oleh negara Islam bukan sahaja daripada negara Barat, tetapi juga mendapat serangan daripada sebelah Timur, contohnya dalam peperangan Tartar oleh kaum Tartar penyembah berhala. Mereka mempunyai kekuatan tentera yang ganas dan kepimpinan yang menggerunkan. Mereka muncul ketika umat Islam lemah dan berpecah- belah serta tiada kepimpinan yang kuat. Raja- raja yang lemah, pemerintah- pemerintah yang berpecah- belah dan gabenor- gabenor yang lali dengan kemewahan dunia tidak mampu melawan tentera Tartar. Akhirnya negara Islam jatuh ke tangan mereka satu- persatu.

Selain itu, tiada perpaduan antara para tentera. Sejarah Islam seringkali dilihat bergaduh dan tiada persefahaman sesama sendiri. Sikap ini telah memudahkan pihak musuh mengambil peluang dan memudahkan mereka untuk menawan negara Islam. Perselisihan ini telah menyebabkan perpecahan dan menjadikan umat Islam berpuak- puak dan berbilang- biolang dengan dasar masing- masing.

Di samping itu, terdapat segelintir tentera Islam yang menyebelahi pihak musuh. Mereka membantu musuh mengusai rakyat jelata dan seterusnya menghancurkannya. Allah telah menerangkan bahawa sesiapa yang menyebelahi musuh tidak boleh di maafkan dan Islam telah menganggapnya sebagai sebahagian daripada musuh. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang- orang beriman janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman- teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita- berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang kamu terhadap mereka.”  (Al-Mumtahanah: 1)

Selain itu, ada sesetengah tentera Islam yang membocorkan rahsia strategi peperangan mereka kepada pihak musuh. Hal ini merupakan satu pengkhianatan dan boleh memberi kemudharatan kepada keamanan negara dan keselamatan penduduknya. Hal demikian membantu pihak musuh untuk mengetahui kekuatan Negara tersebut dan mereka mula mengatur langkah untuk memulakan penaklukan dan menjajah Negara tersebut. Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah- amanah yang dipertanggungjawabkan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui.”(Al- Anfal: 27).

3.8 USAHA- USAHA BARAT DALAM MELEMAHKAN UMAT ISLAM

Para imperialis menyedari bahawa kedudukan kuasa Barat terancam selagi umat Islam kuat, bersatu, komitmen terhadap agama dan akhlaknya. Oleh itu, mereka sedaya upaya mencuba untuk memecah belahkan umat Islam dalam setiap keadaan dan teknik sekalipun. Mereka memecah-belahkan wilayah umat Islam, memalingkannya daripada agama Islam, dan menjauhkan daripada akhlak Islam yang berunsurkan nilai- nilai murni kepada unsur- unsur yang bersifat duniawi. Dalam rangka memecah belah umat Islam mereka menggunakan teknik-teknik berikut:

a.Dikotomi pendidikan
Mereka mengadakan dikomi pendidikan, di mana terbahagi kepada dua iaitu sistem pendidikan agama dan sistem pendidikan akademik. Untuk pendidikan akademik negara barat menyediakan sekolah hingga universiti, silibus pengajaran yang mengajar teori pendidikan awam, pentadbiran dan sebagainya. Manakala sistem pendidikan agama pada awalnya hanya berpusat di masjid- masjid tanpa sebarang bantuan mengajar yang lebih sistematik. Walaupun hari ini sekolah- sekolah agama telah berkembang dan dalam pendidikan akademik juga turut disertakan pelajaran agama, namun silibus pengajarannya tetap di bawah bidang kuasa Barat tanpa disedari. Oleh itu, ramai tentera Islam yan tidak dapat dilahirkan untuk menentang musuh.

b.Merosak aspek moraliti
Aspek moral adalah asas bagi setiap peradaban. Tanpa moral yang tinggi dan kukuh sesuatu Negara tidak akan mencapai kejayaan. Sesuatu bangsa akan hancur dengan sebab keruntuhan moral. Oleh itu, golongan Barat telah menanamkan moral yang tidak sihat kepada Umat Islam secara perlahan- lahan melalui media Massa, media cetak, hiburan, fesyen dan sebagainya. Melalui cara ini, telah ramai umat Islam terutamanya remaja terpengaruh dengan nilai- nilai yang tidak sihat tanpa memikirkan kesan kepada diri, masyarakat dan seterusnya negara, dan yang paling penting kepada agama Islam itu. Oleh itu, tentera Islam akan lalai dengan tugas mereka untuk menetang musuh.

c.Hubungan bebas antara sejenis
Hasil daripada pengaruh media yang disebarkan kepada dunia Islam telah menyebabkan hilang sifat ketimuran yang ada pada setiap kaum wanitanya. Wanita Timur yang majoritinya Islam yang dikenali dengan kesopanan, pandai menjaga istiadat, agamanya serta kesuciannya. Nilai- nilai murni ini telah terhakis apabila Barat mempertontonkan kepada mereka cara-cara wanita Barat dalam berpakaian dan pergaulan dengan lelaki. Dengan ini, wanita Muslimah telah terpengaruh dan mengikuti cara-cara mereka sehingga terlalu bebas hubungannya dengan kaum lelaki tanpa hijab.

D. kelemahan teknologi
 Kelemahan alat-alat peperangan memudahkan pihak musuh menentang umat Islam. Alat peperangan merupakan faktor terpenting bagi mengalahkan pihak musuh. Sekiranya alat-alat tersebut tidak canggih, maka pihak musuh dengan mudahnya dapat menentang umat Islam. Pada zaman Rasulullah, salah satu faktor kemenangan baginda dalam peperangan ialah penggunaan alat-alat yang canggih.

4 Kesimpulan

 Kesimpulannya, peperangan yang berlaku terdapat beberapa faktor utama yang sengaja di reka oleh manusia. Faktor penyebaran dakwah agama dan perluasan kuasa adalah merupakan faktor utama antara pihak Islam dan Barat. Namun begitu, setiap kejayaan dan kegagalan dalam peperangan banyak disebabkan oleh factor dalaman yang tidak disedari oleh pihak mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Islam perlu merebut kembali kegemilangannya yang dirampas oleh Barat. Hal demikian kerana Allah telah berjanji sentiasa menolong dalam menegakkan Syiar Islam.

Dalam perjalanan sejarah Islam, masyarakat Islam klasik mula mengenal hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan apabila terbentuknya negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Kajian ketenteraan dari sudut fiqh siyasah agak jarang dilakukan. Para pengkaji banyak melihat ketenteraan sebagai satu cabang kajian iaitu dari sudut jihad. Para pengkaji ketenteraan biasanya membuat analisis taksonomi dan konseptual dalam mengkaji bidang ketenteraan. Aspek ini diperlukan untuk melihat kajian ketenteraan dari sudut jenis tentera, bentuk-bentuk hubungan tentera dan awam, dan aspek sejarah ketenteraan. Untuk itu, Samuel Huntington (1980) telah mengemukakan tiga bentuk ketenteraan. Pertama, tentera profesional, iaitu bentuk organisasi tentera yang menonjol di negara yang keadaan politiknya stabil. Kedua, ketenteraan pretorian, iaitu bentuk tentera yang berkembang di negara-negara yang keadaan politiknya tidak stabil dan ketiga, tentera revolusi iaitu bentuk yang terdapat di negara yang keadaan politiknya yang stabil, tetapi ia bermula dari suasana politik yang tidak stabil. Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa peranan atau fungsi ketenteraan adalah untuk melakukan tugas dalam aspek pertahanan sesebuah negara dan ini disebut sebagai “peranan tentera”.


Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com



No comments:

Post a Comment