Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Sains Dan Teknologi Perkapalan Di Dalam Al-Quran

PENDAHULUAN 
Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia Dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorakkan oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana yang terulung dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Pada waktuitu, kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain dimiliki oleh dunia Islamdan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana bukan Muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah Berjaya membina kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa sejarah tamadun kemanusiaan yang meliputi aspek politik, social dan ekonomi yang amat mengkagumkan. 

DEFINISI KAPAL

Kapal menurut Kamus Oxford10 didefinisikan sebagai ‘a large boat for transporting people or goods by sea’ atau ‘a sailing vessel with a bowsprint and three or more square-rigged masts’. Dua definisi kapal yang dikemukakan oleh Kamus Oxford ini membawa dua demensi tafsiran yang berbeza. Bagi definisi pertama merujuk kepada struktur (bot besar) dan diikuti tujuan penggunaannya (sebagai pengangkut manusia atau barangan) di lautan. Manakala definisi kedua kapal selanjutnya bersifat merujuk kepada tafsiran teknikal iaitu struktur. Namun definisi kedua ini diandaikan kurang sesuai untuk dirujuk kepada maksud kapal yang diperlukan dalam konteks admiralti seiring dengan kemajuan teknologi dewasa ini. Malah perubahan pada saiz dan skutur kapal pada hari ini telah menggantikan penggunaan layar dengan penggunaan enjin sebagai sumber kekuatan pergerakannya khususnya bagi tujuan aktiviti komersial perdagangan. 

Kapal merupakan kenderaan pengangkutan air yang tertua di dunia. Kapal juga terbukti telah memberi manfaat yang cukup besar kepada manusia. Malah kapal juga telah bertanggungjawab menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor maritim dewasa ini. 
Di dalam konteks al-Quran, kapal merupakan ciptaan manusia yang telah mendapat tempat yang cukup istimewa. Keistimewa kapal ini bukan sahaja telah digarapkan melalui kisah Nabi Nuh A. S. malah manfaat kapal turut meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial. Usaha untuk mendalami dan memahami kedudukan kapal di dalam al-Quran telah berjaya membawa kepada penyenaraian himpunan sejumlah surah dan ayat yang mempunyai kaitan dengan kapal. Rentetan daripada penganalisaan surah dan ayat al-Quran ini, satu andaian telah rumuskan bahawa ciri struktur dan tujuan navigasi yang dirujuk dalam konteks admiralti itu merupakan satu petunjuk dan panduan daripada al-Quran. 

TEKNOLOGI PEMBUATAN KAPAL PADA ZAMAN NABI NUH A. S. 
Pada zaman Nabi Nuh, telah wujudnya kapal. Dalam sejarahnya, kapal itu berukuran raksasa, semua makhluk hidup yang patuh kepada Nabi Nuh mampu ditampung oleh kapalnya. Beliau telah menjadi jurutera kapal malah pencetus idea kejuruteraan kapal pertama tamadun manusia hasil keyakinannya dengan wahyu dan ilham Allah berkenaan teknologi kapal. 

Menurut sejarawan Islam, kapal Nabi Nuh diperbuat daripada kayu dan logam besi. Kayu-kayu diperoleh daripada pokok yang ditanam oleh baginda sendiri. Nabi Nuh adalah seorang pakar dalam ilmu fizik dan matematik. Beliau juga menjadi mahir dalam pelayaran atau boleh dianggap sebagai seorang nakhoda atau laksamana yang hebat. 

Bidang teknologi pembuatan kapal Nabi Nuh terserlah melalui kepakaran baginda dalam memilih bahan seperti kayu dan logam untuk dibuat bahtera. 

Untuk membuat kerja kayu, Nabi Nuh berkemungkinan mempunyai beberapa jenis alat pengilangan, pelbagai gergaji tangan yang lebih kecil untuk kerja terperinci, pahat, kapak, dan kuku kambing serta baji logam untuk membelah kayu. 

Kerja keluli membayangkan suhu yang sangat tinggi untuk dicapai. Ini memerlukan relau yang dibina khas. Pancang dan tetulang logam mungkin telah digunakan untuk mengukuhkan struktur kayu di kawasan tertentu yang kritikal pada badan kapal bahtera Nabi Nuh. 

Takal dan kren ringkas adalah suatu keperluan jika dilihat dari aspek saiz kapal yang besar. Maka, semestinyalah mereka memerlukan kren untuk mengangkut barang dan haiwan. 

Di sini, kita dapat menyimpulkan bahawa kapal telah wujud sejak zaman Nabi Nuh lagi. Alat-alat yang digunakan untuk membuat kapal tersebut telah membuka mata kita bahawa teknologi-teknologi tersebut telah lama wujud pada zaman dahulu. Ini membuktikan bahawa pada zaman tersebut telah maju kerana adanya teknologi-teknologi tersebut. 
TEKNOLOGI PEMBUATAN KAPAL DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Semasa zaman kegemilangan Islam, semua kapal-kapal tersebut diperbuat dari kayu. Kayu-kayu tersebut diikatkan antara satu sama lain pada sisinya sehingga tidak saling tindih menindih. Kayu yang sudah diikat itu membentuk seperti papan yang rata. Kayu-kayu tersebut diikat dengan tali. Teknik pembuatan kapal seperti ini biasa dilakukan di negara Islam yang berada di bahagian Timur. Manakala, negara Islam yang berada di bahagian Mediterania sudah menggunakan paku besi. Setelah semua kayu menjadi satu, semua kayu tersebut akanditampal. 
Kapal milik umat Islam memiliki ciri khas iaitu pada layar yang digunakan. Mereka menggunakan layar laten yang dipasangkan pada sebuah tiang. Kemudian, layar tersebut dibentangkan pada tiang kapal, seterusnya digantung sehingga membentuk sudut.. Manakala kapal di Mediterania pula mempunyai ciri khasnya pada layar laten yang mempunyai tiga sudut. Bukan sebarang bahan yang boleh digunakan untuk membuat kapal. Masyarakat Muslim di zaman keemasan telah menetapkan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat kapal. Kayu dan tali yang digunakan untuk membuat kapal haruslah berkualiti tinggi. Selain itu juga, ia diperbuat daripada besi, kain terpal, dan juga bidal penutup tali. 

JENIS-JENIS KAPAL DI ZAMAN KEGEMILANGN ISLAM

Menurut Al-Hassan dan Hill, pada masa kegemilangan Islam terdapat pelbagai jenis kapal dari berbagai ukuran dan jenis. Ukurannya dimulai dari perahu yang kecil hingga perahu dagang besar berkapasita lebih dari 1000 tan, jelasnya. Secara khusus, ahli geografi Muslim, Al-Muqaddasi, pada abad keempat Hijrah atau kesepuluh Masihi menyatakan nama dan jenis kapal. Setiap kapal Muslim tersebut juga mencerminkan karakteristik tertentu. 
Kapal dagang umumnya merupakan kapal layar yang memilikki kain rentang yang lebar dan panjang. Panjang layar tersebut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Pada zaman kegemilangan Islam, Sungai Nil mempunyai peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan internasional dan industri pembuatan kapal. Kota itu dikuasai Islam sejak Amir bin Al-As menakluk wilayah itu. 
Kapal perang pula berbeza dengan kapal dagang, kapal perang bentuknya lebih kecil. Kapal ini boleh menggunakan dayung atau layar, bergantung kepada fungsinya. Selain diperbuat di pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di Mesir, pada zaman kegemilangan Islam kapal perang juga diperbuat di wilayah Barat, seperti di Tripoli dan Tunis di Afrika Utara, kemudian di Sevilla, Almeria, Pechina dan Valencia di Sepanyol. Selain itu, kapal-kapal perang juga diperbuat oleh kaum Muslim di Messina dan Palerno dengan menggunakan ribuan pekerja. Industri pembuatan kapal juga berkembang pada zaman Dinasti Fatimiyyah. Mereka memperluaskan fasiliti pembuatan kapal perang mereka di Tunis. 

TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERKAPALAN

Ibnu Majid
Nama penuh beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma’lak as-Sa’di bin ar-Raka’ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahirnya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9H atau 15H. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman. Lautan manjadi tempat yang tidak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah sahaja, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaanya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku tentang pelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden

Ibnu Tulun
Ahmad Ibnu Tulun lahir di Bahghdad pada bulan Ramadhan 220 Hijrah bersamaa 835 Massihi. Beliau adalah seorang gabenor Mesir pada zaman Abbasiyyah. Beliau adalah anak dari seorang berketurunan Turki bernama Tulun yang beerti kemunculan yang sempurna. Tidak lama selepas kelahirannya, ayahnya meninggal dunia. Kemudian ibunya menikah dengan Bagha al-Ashghar, salah seorang panglima militer zaman Abbasiyyah yang berasal dari Turki. Tidak lama kemudian, Bagha al-Ashghar meninggal dunia. Ibu Ibnu Tulun kemudiannya menikah untuk kali ketiga dengan seorang pembesar militer bernama Bakbak. Ibnu Tulun membesar dalam tradisi Turki dan didikan militer oleh ayah tirinya. Sejak itu, beliau aktif dalam dunia militer. Semasa dewasa, Ibnu Tulun menikahi anak perempuan panglima militer yang merupakan kawan ayahnya. Beliau ditunjuk ajar sebagai gabenor Mesir dibawah pemerintahan Khalifah Al-Mutamad Billah penguasa Dinasti Abbasiyyah. Pada awal perlantikkannya menjadi gabenor, beliau telah menangani konflik diantara Ahmad Ibnu al-Mudabbir iaitu pengumpul pajak rasmi Zaman Abbasiyyah. Kononnya, Ibnu Ahmad al-Mudabbir lebih mudah melaporkan hasil pajak kepada khalifah di Baghdad berbanding dengan Ibnu Tulun. Beliau mengambil tindakkan dan akhirnya berhasil menundukkan Ahmad Ibnu al-Mudabbir. Ibnu Tulun mempunyai kekuasaan yang begitu luas meliputi wilayah Mesir hingga Alexandria. Pada zaman kejayaannya,, Ibnu Tulun berjaya memerintahkan supaya membuat 100 kapal perang dan ratusan kapal kecil. Inilah salah satu pencapaian terbesar Ibnu Tulun kerana beliau mampu menguasai lautan. 

SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERKAPALANTERHADAP PERADABAN ISLAM

Dalam teknologi perkapalan, jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut yang dapat mengharungi lautan luas. Kapal diperlukan oleh pedagang, nelayan dan tentera laut. Para pedagang antarabangsa dari China, Timur Tengah dan Benua Eropah menggunakan kapal untuk berdagang di seluruh pelusuk dunia. Tekologi perkapalan bukan sahaja meningkatkan ekonomi Islam malah memperkembangkan teknologi sains dan menjadikan pelayaran sebagai saluran komunikasi. Menurut seorang ahli sejarawan Kristian, orang-orang Arab tidak pernah menggunakan jalan laut sebelum kedatangan Islam. Di zaman Rasulullah, orang-orang Islam hanya menumpang kapal pedagang untuk berhijrah ke Habsyah. Kemudian pada zaman Sayidina Umar al Khattab, orang Islam mula menggunakan kapal untuk memerangi musuh luar sehingga dimana industri pembuaatan kapal wujud di Syria dan Mesir dengan bekalan kayu dari Lebanon dan diperluaskan ke Tunisia dan Andalusia.. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat. 

ELEMEN UTAMA SEBUAH KAPAL

Terdapat sejumlah ayat yang menceritakan tentang elemen utama sebuah kapal seperti penggunaan tiang, kain layar dan angin. Antaranya ialah ayat tentang penggunaan tiang layar dan layar pada sebuah kapal. 

Dan kepunyaan-Nyalah (bahtera-bahtera) yang belayar, lagi yang berkembang layarnya di lautan, laksana gunung ganang; (Surah Al-Rahman 55:24)

Seterusnya ialah penggunaan elemen angin. Pada ayat 22 daripada surah Yunus dan ayat 46 daripada surah al-Rum di bawah ini hubungan antara angin dan kain layar merupakan kekuatan pergerakan bagi sebuah kapal. 

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera da bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; … (Surah Yunus 10:22)

Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya,... (Surah al-Rum 30:46)

SENARAI SURAH SURAH–SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN KAPAL

Terdapat pelbagai surah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kapal. Secara umumnya, ayat-ayat di bawah ini merangkumi pelbagai aspek berkaitan dengan kapal. Dibawah adalah senarai penuh surah-surah dan ayat-ayat di dalam Al-Quran berdasarkan ciri berlayar :
1)Al-Baqarah 2:164; (1 ayat)
2)Al-A`raf 7:64; (1 ayat)
3)Yunus 10:22 & 73; (2 ayat)
4)Hud11:37, 38, 40, 41, 42, 44 & 48; (7 ayat)
5)Ibrahim 14:32; (1 ayat)
6)An-Nahl 16:14; (1ayat)
7)Al-Isra’ 17:3 & 66; (2 ayat)
8)Al-Kahfi 18:71 & 79; (2 ayat)
9)Maryam 19:58; (1 ayat)
10)Al-Haj 22:65; (1 ayat)
11)Al-Mu’minun 23:22, 27 & 28; (3 ayat)
12)Al-Asyura 26:119 & 120; (2 ayat)
13)Al-Ankabut 29:15 & 65; (2 ayat)
14)Al-Rum 30:46, (1ayat)
15)Luqman 31:31; (1 ayat)
16)Yang Menjadikan 35:12; (1 ayat)
17) Yasin 36:41 & 42; (2 ayat)
18) Ash Sharaat 37:140, (1 ayat)
19) Al-Ghafir 40:80; (1 ayat)
20) Asy Syura 42:32, 33 & 34; (3 ayat)
21)Az Zukruf 43:12; (1 ayat)
22) Al Jatsiah 45:12; (1 ayat)
23) Adz Dzariyat 51:31; (1 ayat)
24) Al-Qamar 54: 13 & 15; (2 ayat)
 25)Ar Rahman 55:24; (1 ayat)
26) Al Haqqah 69:11; (1 ayat)

SENARAI SURAH DAN AYAT AL-QURAN BERDASARKAN KEPADA CIRI BERLAYAR
Terdapat pelbagai surah dan ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang ciri berlayar :
1) Al-Baqarah 2:164; 
2) Yunus 10:22; 
3) Hud 11:41; 
4) Ibrahim 14:32; 
5) An-Nahl 16:14; 
6) Al-Isra’ 17:66; 
7) Al-Haj 22:65; 
8) Al-Rum 30:46; 
9) Luqman 31:31; 
10) Yang Menjadikan 35:12; 
11) Yasin 36:41; 
12) Asy Syura 42:32; 
13) Al Jatsiah 45:12; 
14) Adz Dzariyat 51:31; 

Terdapat beberapa contoh ayat-ayat yang menyentuh tentang kebolehan kapal terapung dan berlayar :

 ‘Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; … (Surah al-Baqarah 2:164)

…Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya… (Surah Ibrahim 14:32)

SENARAI SURAH DAN AYAT MERUJUK KEPADA TUJUAN PENGGUNAAN SEBUAH KAPAL
Dibawah adalah senarai surah-surah dan ayat-ayat yang berrkaitan dengan tujuan penggunaan sebuah kapal :
1) Al-Baqarah 2:164; 
2) Al-A`raf 7:64; 
3) Yunus 10:22, 73; 
4) Hud 11: 40, 41; 
5) An-Nahl 16:14; 
6) Al-Isra’ 17:3, 66; 
7) Al-Kahfi 18:71; 
8) Maryam 19:58; 
9) Al-Mu’minun 23:22, 27, 28; 
10) Al-Asyura 26:119; 
11) Al-Ankabut 29:15, 65; 
12) Al-Rum 30:46,
13) Luqman 31:31; 
14) Yasin 36:41; 
15) Ash Sharaat 37:140,
16) Al-Ghafir 40:80; 
17) Az Zukruf 43:12; 
18) Al Jatsiah 45:12; 
15
Terdapat beberapa contoh petikan ayat-ayat di dalam al-Quran yang mempunyai kaitan dengan tujuan penggunaan kapal :

 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; … (Surah al-Baqarah 1:164)

…bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki … (Surah al Rum 30:46)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, biarpun kisah Nabi Nuh A. S mungkin dianggap sebagai cebisan kisah sejarah yang dimuatkan di dalam al-Quran, namun di sinilah sebenarnya bermulanya revolusi sejarah pembuatan kapal. Tanpa kita sedari, ia bertitik tolak dari zaman Nabi Nuh A. S. Industri pembinaan kapal telah mengalami transformasi teknologi saiz, rekabentuk dan kegunaanya. Pergerakannya dahulu mengharapkan bantuan angin kini telah berganti kepada penggunaan enjin bermotor. Transformasi yang berlaku ini telah menjadikan masa pelayaran dapat disingkatkan. Manakala jika diperhatikan perubahan saiz kapal yang lebih besar meningkatkan nilai eksport dalam satu-satu pelayaran sekaligus telah merancakkan perkembangan ekonomi sedunia. Petunjuk dan panduan yang terdapat di dalam al-Quran membuktikan kepada kita tentang kehebatan al-Quran kepada manusia serta tanda kekuasaan Allah Subhanahu wa ta’ala yang tidak harus dipandang ringan. 

RUJUKAN

Bahreisy, H. S. (1992). Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsir. Terj. Surabaya: Pt Bina Ilmu. 
Mubarak, A. b. (1999). Kisah-Kisah Para Nabi Dan Rasul. Al-Hidayah Publisher. 
Soanes, C. &. (2005). Oxford Dictionary of English. Edisi Ke-2. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment