Wednesday, October 14, 2015

Tajuk: Sejarah Senibina Islam Dalam Pembinaan Taj Mahal Di India

Pendahuluan
Permata senibina indo-islam, Taj mahal merupakan salah satu struktur daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang paling indah pernah dibina. Monumen ini dibina di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isteri kesayangan Mughal Maharaja Shah Jahan yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648. Semasa pemerintahan Shah Jahan, struktur ini dikenali sebagai rauza, kemudian, struktur tersebut dipanggil Taj Mahal terbitan dari nama Mumtaz Mahal. 

Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Selain itu, Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'. 

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1631, iaitu ketika Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal dan setahun selepas kematian isterinya yang tersayang, Mumtaz Mahal. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya. 

Pengarang istana menggambarkan mengenai kesedihan Shah Jahan cerita cinta yang secara tradisi dianggap sebagai inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah. Shah Jahan telah menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru. 

2. 0 Sejarah Pembinaan Taj Mahal

Berlokasi di Agra yang merupakan bahagian utara dari Uttar Pradesh, iaitu di pinggir sungai Yamuna, Taj Mahal di kenali sebagai contoh karya arsitektur muslim India. Selain itu, Taj Mahal dikenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shan Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasrat. Taj Mahal dibangunkan oleh Maharaja Mogul ke-lima iaitu antara tahun 1631 hingga 1648 yang bertujuan untuk mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Permintaan wanita yang sangat dicintai itu dimulai setahun setelah kematiannya. 

Pada awalnya, Shah Jahan hanya menyebut masjid itu sebagai makam Mumtaz Mahal, namun akhirnya telah berkembang menjadi Taj Mahal. Taj Mahal jika diterjemahkan bererti "Istana Mahkota", sebuah perluasan dari nama Mumtaz Mahal yang berasal dari Persia. Mumtaz Mahal meninggal pada usia 39 tahun, ketika melahirkan anak yang ke-14 pada tahun 1631. Kematian Sang Permaisuri ini membuatkan Sang Raja begitu berduka. Sebelum meninggal, Mumtaz Mahal telah berpesan "ingin dibuatkan makam yang tak pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya". 

Permintaan tersebut telah dilaksanakan pembinaannya oleh Maharaja Shah Jahan. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan telah menganjurkan penggunaan marmar putih yang dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya telah mencapai tahap kehalusan baru. 

Pembinaan Taj Mahal didirikan di tepi Sungai Yamuna, tepat di pusat kota dari Kesultanan Mughal di Agra, iaitu sekitar 204 km di sebelah Selatan New Delhi, India, pembinaannya dimulakan, maka bermulalah konstruksi musoleum megah ini didirikan. Shah Jahan telah memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Arkitek yang paling termasyur, buruh yang mahir, ahli kaligrafi, pemahat batu dan tukang batu datang dari seluruh India dan daerah yang jauh seperti Persia dan Turki. 

2. 1 Bahan – bahan Binaan

Pakar tukang batu dari Baghdab, adalah seorang ahli dalam membangun kubah ganda dari Persia, dan seorang pakar tatahan dari Delhi. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih yang diimport dari Rajasthan, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata antaranya Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, berlian, jed dan hablur dari china, kristal, topaz dan nilam dari Sri Lanka dan Kamelian dari Arabtelah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun. Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan menggunakan 1000 gajah yang membawa material dari seluruh penjuru India ke Agra, akhirnya monumen ini selesai di tahun 1653. 

Pembuatan projek megah ini juga tak terlepas dari jasa Ismail Afandi dari Turki dan Ustad Isa dari Persia yang berperanan sebagai arkitek, Qazim Khan dari Lahore yang mendesign emas pada atap kubah, Chiranji Lal yang membuat pola mosaik dari Delhi, Amanat Khan dari Persia sebagai ahli kaligrafi, dan ahli pemotong batu dari Baluchistan, Amir Ali. Kos pembinaan Taj Mahal dianggarkan lebih 32 juta rupee. Namun, kos ini tidaklah banyak ketika itu. Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. 

Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter. 28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia telah digunakan, seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Sri Lanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan. Tidak seperti makam Mughal yang lain, taman Taj Mahal berada di hadapan makam. Latar belakangnya adalah langit, sehingga Taj Mahal terlihat begitu bergemerlapan dengan warna di samping, komposisi bentuk dan garisnya yang simetridan sempurna. 

2. 2 Asal usul senibina

Taj Mahal menggabungkan bentuk tradisi seni Persia dan seni Mughal awal. Inspirasi khusus ini datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (yang disebut sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibangun dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan yang baru. 

Suatu ketika dulu Shah Jahan dan keluarga kesultanan sering memakai kapal dari Benteng Agra jika ingin melihat pembuatan monumen ini atau menjenguk makam isterinya, Mumtaz Mahal. Perjalanan ke Taj Mahal dimulai dari pintu gerbang yang dibuat sekitar 275 m jauhnya dari musoleum. Pintu gerbang besar yang lebarnya sekitar 50 m ini dibuat dari batu pasir merah dengan menara bersegi lapan di setiap sudutnya. Pada gerbang ini terdapat pintu yang sangat berat diperbuat daripadalapan jenis logam. 

3. 0 Pembinaan Taj Mahal

Perkembagan tamadun Islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni ukiran, khat, bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina Islam selari dengan pencapaian seni khat, ukir, sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi. 

Ketokohan Maharaja Shah Jahan, Shah Jahan atau nama sebenarnya ialah Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan I, merupakan Sultan Empayar Mughal di India dari tahun 1628 sehingga 1658. Beliau adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima selepas Babur, Humayun, Akbar, and Jahangir. Menaiki takhta kerajaan Mughal selepas kemangkatan ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan empayarnya. 

Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan kerajaan Ahmednagar (1636), kehilangan wilayah Kandahar kepada Empayar Parsi (1653), dan perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah Jahan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada saat-saat menjelang kematiannya pada tahun 1666, Empayar Mughal telah berkembang seluas 750,000,000 ekar (3,000,000 km2). 

3. 1 Zaman Keagungan Kesenian Islam
zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen. Antaranya ialah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal (nama lahir Arjumand Banu Begum). Bangunan-bangunan lain juga dibina di Tembok Merah (Qila Mubarak) at Agra seperti Masjid Mutiara, reka bentuk yang lengkap Delhi Tua (Shahjahanabad), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan). 

Maharaja Shah Jahan telah berkahwin dengan Arjumand Banu Begum pada tahun 1607 M. (1025 H.) dan isterinya diberi gelaran "Mumtaz Mahal" iaitu (Mutiara Istana). Taj Mahal merupakan Tujuh Benda Ajaib di dunia dan Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'Permata senibina Islam. 

3. 2 Seni Ukiran

Al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf utamayang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat Khan telah dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39. Struktur ini terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1614 hingga 1666 sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. 

4. 0 Keunikan seni bina Taj Mahal
Kota Agra terkenal di seantero dunia kerana kewujudan Taj Mahal yang dikenali ‘Dream in Marble’ iaitu bangunan dibina Maharaja Shah Jahan untuk persemadian isteri tercinta, Arjumand Banu Begum atau Mumtaz Mahal. 

Taj Mahal adalah sebuah karya arsitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi bagi para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkandalam Kata, lukisan, dan lagu. Taj Mahal yang sering disebut-sebut sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia adalah sebuah makam indah yang sangat besar terbuat dari marmer putih yang dibangun di Agra mulai tahun 1631 dan selesai tahun 1648 atas permintaan raja Mughal, Shah Jahan sebagai peringatan untuk isteri tercintanya. Taj Mahal merupakan seni Islam di India dan merupakan salah satu karya agung warisan dunia yang mengagumkan. 

4. 1 Taman Rekreasi

Taj Mahal juga mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter yang membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air marmar yang ditinggikan dibina ditengah-tengah taman, diseparuh perjalanan daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai ” al-khawd al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “tank of Abundance” di syurga yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga. 

4. 2 Warisan Dunia

Taj Mahal adalah salah satu monumen yang terkenal didunia dan di tunjuk oleh ICOMOS Sebagai salah satu situs warisan dunia pada tahun 1983. Kriteria penetapan candi Borobudur sebagai properti World heritage adalah kerana Taj Mahal ini merupakan harta warisan budaya yang sangat megah dan dianggap sebagai contoh terbaik dari bangunan-bangunan di Mughal. Bangunan ini juga merupakan gabungan dan pengembangan berbagai tradisi. Khususnya Hindu, Persian, dan Mughal Arsitektur. Inspirasinya berasal dari beberapa bangunan-bangunan Timurid dan Mughal terkenal lainnya. Ketiga kerana properti ini juga merupakan contoh pertama dari usaha Akbar dalam mencampur hiasan-hiasan gaya Hindu dengan gaya Islam. 

Taj Mahal adalah monumen yang tidak dapat digantikan keindahannya. Bangunan utama dalam Taj mahal adalah Makam-makam. Makam-makam tersebut dibuat diatas batu marmar dengan tinggi enam meter. Terdapat empat menara pada setiap sudutnya yang indah membingkai makam. Bangunan utama dalam Taj mahal tersebut tidak besar, namun sangat indah dan direka dengan seimbang. Ruangan tengah berbentuk segi lapan. 

4. 3 Keunikan Warna yang Indah

Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati para pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada waktu subuh, marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan berwarna putih berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna mutiara yang lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan. 

Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru ini akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus Marmar didalam Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi putih, kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal menandakan bahawa Taj mahal dibangunkan dengan arsitektur yang hebat. 

Kubah utamanya lima puluh lapan kaki diameter dan meningkat kepada ketinggian 213 kaki. Ia diapit oleh empat kamar kubah subsidiari. Empat anggun, menara langsing adalah 162. 5 kaki setiap satu. Seluruh makam (di dalam serta di luar) dihiasi dengan reka bentuk bertatahkan bunga dan kaligrafi menggunakan permata berharga seperti batu akik dan yasper. The pintu gerbang utama, chiseled dengan petikan dari Al-Quran dan kerja tatal berani corak bunga, memberikan daya tarikan untuk menawan keindahan. Dewan kubah pusat dan empat kamar bersebelahan termasuk banyak dinding dan panel hiasan Islam. 

Makam ini adalah sebahagian daripada kompleks besar yang terdiri daripada pintu masuk utama, taman rumit, sebuah masjid (ke kiri), sebuah rumah tetamu (ke kanan), dan beberapa bangunan mewah yang lain. The Taj adalah di hujung jauh kompleks ini, dengan sungai Jamuna di belakangnya. Taman yang besar mengandungi empat kolam mencerminkan membahagikan di pusat itu. Setiap empat bahagian lagi dibahagikan kepada empat bahagian dan kemudian ke dalam setiap satu lagi empat bahagian. 

5. 0 Sumbangan Seni Bina kepada Tamadun

Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. 

Taj Mahal tampak amat anggun dan menarik perhatian sesiapa pun yang berada di kompleks yang luas ini. Tinggi bangunan berkubah besar ini sekitar 55 m, sedangkan tinggi keempat menaranya mencapai 76 m. Marmer yang digunakan sangat tinggi mutunya, sehingga putih tampak mengilat bak kaca. Sedangkan makam Shah Jahan dan isterinya, Mumtaz Mahal terdapat di tengah-tengah bangunan dalam ruang berbentuk oktagonal. Kedua makam ini diletakkan bersisian dalam pagar berukir yang indah, menunjukkan seakan-akan cinta mereka abadi dunia-akhirat. 

5. 1 Bentuk dan Struktur

Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20,000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. 

Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M. 

Struktur Taj Mahal berdiri di atas yang dibangkitkan, platform persegi (186 x 186 kaki) dengan empat sudutnya dipenggal, membentuk oktagon tidak sama rata. Reka bentuk seni bina menggunakan konsep saling arabesque, di mana setiap elemen berdiri dengan sendiri dan sempurna mengintegrasikan dengan struktur utama. Ia menggunakan prinsip-prinsip geometri mereplikasi diri dan simetri unsur-unsur seni bina. 

6. 0 Pengaruh Tamadun Islam dalam Pembinaan Taj Mahal

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan munculnya satu budaya komposit natijah interaksi antara tamadun yang mencampuradukkan budaya Islam dan Hindu dalam sosio budaya masyarakat India terutama dalam bidang bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, muzik, tarian, seni bina dan lukisan. 

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol). 

Salah satu fokus utama dalam seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. 

6. 1 Kesan Tamadun terhadap Senibina

Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. 

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun Islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas, di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini, Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam. 

Kedatangan Islam ke India telah menimbulkan kesan kepada Tamadun India. Antara kesannya adalah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh Muslim di India. Antara kesan lain terhadap tamadun India pula ialah kedan dari segi bahasa. Bahasa Urdu telah diperkenalkan. Mempunyai nahu Prakit dgn perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. 

Manakala dari segi senibina pula, seni bina Turki-Islam mempengaruhi seni bina zaman kesultanan Delhi, sementara senii bina Parsi-Islam pula mempengaruhi seni bina zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Taj Mahal hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung dan menjadi salah satu benda ajaib dunia. 

7. 0 Kesimpulan

Berdasarkan daripada sejarah seni bina Islam dalam pembinaanTaj Mahal di India, dapat disimpulkan bahawa pembinaan Taj Mahal adalah bertujuan untuk mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal iaitu isteri kepada Maharaja Shah Jahan. Mumtaz Mahal merupakan isterinya yang ketiga. Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan pembinaannya telah selesai pada tahun1648. 

Selain itu, Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan Islam. Struktur ini juga merupakan sebuah kompleks bersepadu yang mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. 

Setelah Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal pada tahun 1631. Shah Jahan sering berada di medan pertempuran demi memperluaskan tanah jajahannya, dan pada masa yang sama, isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara. Shah Jahan, iaitu maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila Mumtaz Mahal meninggal dunia. 

Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Al Quran telah menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf utama yang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. 

Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun Islam. 

8. 0 Rujukan

1. DuTemple, L. A. (2013). The Taj Mahal. Cousteau : Twenty-First Century Books. 
2. Preston, D. (2009). Taj Mahal: Passion and Genius at the Heart of the Moghul Empire. london: Bloomsbury Publishing. 
3. Shors, J. (2006). Taj Mahal: Kisah Cinta Abadi. selangor: Mizan Pustaka. 
4. Tillotson, G. (2010). Taj Mahal. london: Profile Books. 
5. Zakaria, A. (2012). Taj Mahal dan indahnya seni bina. Selangor: Pustaka Minda Aktif. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com

1 comment:

  1. terima kasih ustaz.. sy guna maklumat tuan utk penulisan sy

    ReplyDelete